,
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

Gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika. Kebanyakannya di Asia, Afrika dan Amerika Latin, kata Dr David Williams, Pegawai Teknikal (antivenom) di Jabatan Peraturan dan Prakelayakan di WHO, dalam sidang akhbar yang diadakan pada Selasa di Geneva untuk menandakan Hari Kesedaran Gigitan Ular Sedunia, yang jatuh pada 19 September setiap tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah Nak Meraih Populariti, Lelaki Ini Maut Digigit Ular Tedung Selepas Letak Dalam Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam

Beliau menjelaskan bahawa antivenom, rawatan paling berkesan yang tersedia pada masa ini untuk gigitan ular, kekurangan bekalan di banyak kawasan yang paling terjejas di dunia.
Mangsa yang terselamat daripada gigitan ular hidup dengan kecacatan jangka panjang atau kekal, yang membawa kepada kehilangan pendapatan berterusan untuk keluarga jika pencari nafkah adalah mangsa, kata pakar WHO.
Menurut WHO, terdapat antara 1.8 dan 2.7 juta kes keracunan gigitan ular setiap tahun yang mengakibatkan antara 81,410 dan 137,880 kematian. Bagi setiap orang yang meninggal dunia, terdapat tiga lagi yang mengalami kecacatan jangka panjang atau kekal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.