,
Laman Utama

Sertai Walk For Education, Berhibur Seisi Keluarga Sambil Membantu Pelajar Sabah & Sarawak Ke Sekolah!

Syafiqah Jalal
05/04/2022
11:16 MYT
Pernahkah anda terfikir bagaimana pelajar-pelajar di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak pergi ke sekolah setiap hari? Tidak seperti kanak-kanak bersekolah di pusat bandar yang mempunyai pelbagai jenis pengangkutan, ramai kanak-kanak di kawasan pedalaman di negeri-negeri tersebut terpaksa berjalan kaki ke sekolah.
Menyedari kesusahan dan kepayahan yang dihadapi pelajar di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak, hanya untuk hadir ke sekolah, Astro Kasih menganjurkan acara Walk for Education.
Walk For Education merupakn salah satu usaha Astro untuk mengumpul dana dan sumbangan buat SK Magandai, Kota Marudu dan SK Malinsau, Ranau (Sabah); SK Sg Paku, Kapit (Sarawak); dan asrama Starfish Malaysia Foundation di Malaysia Timur.
Astro Kasih berharap usaha ini membolehkan lebih ramai pelajar di kawasan pedalaman Malaysia Timur menerima peralatan sekolah, pakaian seragam, kasut dan buku.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, sebagai syarikat kandungan dan pengguna terkemuka di Malaysia, Astro komited untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaannya dengan cara yang mampan dan bertanggungjawab melalui inisiatif Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”).
“Di Astro, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan dan kami komited untuk menggunakan platform, capaian, kandungan dan sumber kami untuk memberi semua kanak-kanak di Malaysia akses yang sama kepada pembelajaran berkualiti untuk membuka minda demi masa depan yang lebih cerah.
“Asrama ini membantu 220 pelajar menjimatkan lebih 190,000 jam berulang-alik harian setiap tahun. Kadar kelulusan UPSR pelajar telah meningkat dengan purata 39.4% dari 2010 hingga 2019. SK Magandai menyaksikan kadar kelulusan Sains meningkat daripada 17% (2010) kepada 100% (2015 hingga 2019). Kadar kelulusan BM dan Bahasa Inggeris juga meningkat daripada 58% pada 2010 kepada 94.7% pada 2019,” katanya.
Acara Walk For Education menjanjikan hari yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Terdapat gerai permainan dan aktiviti, konsert mini yang menampilkan artis-artis tempatan seperti Timah, Wani Kayrie, Masya Masyitah, Abigail, Irfan Haris, Lil J, Ara Johari dan Dem Lepak Boyz, sesi fotografi dengan maskot yang digemari termasuk BoBoiBoy, Mechamato, Ben 10, Adventures daripada Gumball serta Chowder. Ia merupakan aktiviti yang baik untuk menghabiskan pagi hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan
Hasil sebahagian jualan tiket akan disumbangkan ke SK Magandai, Kota Marudu dan SK Malinsau, Ranau (Sabah); SK Sg Paku, Kapit (Sarawak); dan asrama Starfish Malaysia Foundation di Malaysia Timur.
Astro Kasih berharap usaha ini membolehkan lebih ramai pelajar di kawasan pedalaman Malaysia Timur menerima peralatan sekolah, pakaian seragam, kasut dan buku.
Syarikat digalakkan untuk mengambil bahagian dengan menaja para pekerja mereka untuk menyertai acara berjalan kaki sejauh 5km. Peserta akan membawa beg melalui denai yang disesuaikan khas di Taman Wetland Putrajaya untuk mensimulasikan pendakian harian pelajar ke sekolah.
Sama-sama menyokong perjalanan pendidikan anak-anak ini dengan menyertai Walk for Education di Taman Wetland Putrajaya pada 28 Mei 2022. Pendaftaran pada harga RM60 seorang kini dibuka di http://t2u.asia/e/27113.
Foto: Astro/ Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.