gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fara Salleh Harap Anak Tak Jadi Mangsa Ejekan Disebabkan Konflik Keluarga - “Dia Sempurna, Cantik…”
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai

Umirah Halim
Umirah Halim
09/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
Penyanyi senior, Man Bai menyuarakan pendapatnya terhadap bakat dan potensi dimiliki penyanyi, Aina Abdul, khususnya dalam kebolehannya mencipta lagu sendiri.
Menurut penyanyi lagu Kau Ilhamku itu, keupayaan Aina menulis dan menyanyikan karya sendiri membuktikan dia seorang artis yang benar-benar berbakat.
Namun begitu, Man Bai turut mencadangkan agar Aina turut cuba untuk bekerjasama dengan komposer luar bagi mengembangkan lagi dimensi muziknya.
“Saya nampak potensi dia. Saya respect dia sebab dia tulis lagu sendiri. Itu bukti dia memang berbakat,” katanya.
“Kadang-kadang kita rasa lagu kita sedap, macam kita masak dan rasa sedap, tapi bila bagi orang makan, tak semua rasa sama.
“So lebih baik kita cuba ‘masakkan’ dari tangan orang lain juga. Maksud saya, lagu. Lagu kita boleh minta orang lain cipta,” jelasnya.
Sebagai contoh, Man Bai menyarankan agar Aina tidak menolak untuk bekerjasama dengan komposer seperti Noh Hujan, yang juga dikenali sebagai pencipta lagu berbakat.
“Mana tahu lagu tu jadi hit, dan bertahan 30–40 tahun. Kalau jadi, baguslah untuk penyanyi tu,” katanya lagi.
Tambah Man Bai, tujuan utama dia menyuarakan pendapat tersebut adalah untuk melihat penyanyi-penyanyi generasi baharu mampu bertahan lama dalam industri, bukannya hanya popular sementara dan kemudian hilang begitu sahaja.
“Saya tak nak penyanyi baru sekarang hanya bertahan 1–2 tahun lepas tu hilang. Dulu, artis AF pun ramai yang begitu. Tapi mana mereka sekarang?
“Kita nak penyanyi yang kekal, macam Siti Nurhaliza atau Amy Search. Mereka konsisten. Setiap masa ada lagu yang hit, kadang bukan lagu mereka sendiri, tapi lagu orang lain yang kena dengan suara mereka,” ujarnya.
Sebelum ini, Man Bai menjadi bualan netizen apabila menyuarakan pandangan bahawa Aina Abdul masih belum memiliki lagu ‘killer song’ yang benar-benar ikonik dan melekat di hati pendengar untuk jangka masa panjang.
Bagaimanapun, Man Bai menjelaskan kenyataan itu bukanlah satu bentuk kritikan, sebaliknya cadangan yang ikhlas berdasarkan pemerhatiannya dalam industri muzik tanah air.
Topic Berkaitan
#Man
#Aina Abdul
#Potensi
#bai
#berbakat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement