gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
HIBURAN
Netizen Sebak Tengok Video Momen Manis Fazura Bersama Fatima - “Doa Ibunya Akan Sentiasa…"
HIBURAN
Ally Mukhriz Throwback Gambar Kahwin, Netizen Mula Buat Perbandingan Dengan Baju Ezlisa Loy - “Kemungkinan Inspirasi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Sami Diburu Dipercayai Cabul Pelakon Tempatan

Gempak
Gempak
09/07/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Sami Diburu Dipercayai Cabul Pelakon Tempatan
Polis sedang memburu seorang sami warga India kerana dipercayai mencabul seorang pelakon wanita tempatan di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa berusia 27 tahun itu kira-kira jam 8.15 malam pada 4 Julai lalu.
"Siasatan awal mendapati suspek menawarkan untuk melakukan upacara sembahyang ke atas mangsa.
"Ketika upacara itu, suspek menggunakan air sembahyang yang didakwa bertujuan untuk penyucian diri dan merenjiskan ke muka serta badan mangsa.
"Bagaimanapun, ketika 'upacara' itu, suspek dipercayai mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan cabul ke atas mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Tambah Norhizam, hasil semakan mendapati suspek merupakan sami sementara yang menggantikan sami tetap kuil berkenaan yang kini berada di luar negara.
Berdasarkan semakan, kata beliau, polis percaya suspek masih berada di Malaysia.
Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Kejadian itu mula tular sejak Isnin lalu selepas mangsa mendedahkan pengalamannya menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut mangsa, insiden berlaku pada 21 Jun lalu ketika dia berkunjung ke kuil berkenaan seorang diri kerana ibunya berada di India pada waktu itu.
Mangsa mendakwa dia diajak suspek ke pejabat kuil sebelum lelaki itu merenjiskan air sembahyang ke mukanya dan meminta dia menanggalkan baju yang dipakainya.
Namun apabila mangsa enggan menuruti arahan itu, suspek bertindak memasukkan tangannya ke dalam pakaian mangsa dan mula mencabulnya sambil mendakwa perbuatan itu sebagai satu bentuk ‘restu’ kerana mendakwa dia berkhidmat untuk Tuhan.
Mangsa yang ketakutan bertindak melarikan diri, namun suspek dikatakan sempat memberitahu, minggu tersebut adalah minggu yang baik untuknya kerana upacara penyucian telah dilakukan.
Susulan kejadian itu, mangsa mengakui mengalami trauma dan hanya menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya pada 4 Julai selepas pulang dari India.
Ibu mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada bapa dan dua abang mangsa sebelum laporan polis dibuat.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
#pelakon
#Cabul
#Sami
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement