,
Laman Utama

Sertai Misi Kemanusiaan dan Amal, Hati Keith Foo Tersentuh Melihat Keadaan Mangsa Banjir

Fiza Kamarudin
07/12/2020
06:30 MYT
Pelakon Keith Foo mengakui hatinya ketika menyertai misi kemanusiaan dan amal di Negeri Sembilan baru-baru ini.
Keith berpeluang menghulurkan bantuan bersama St John Ambulans Malaysia cawangan Negeri Sembilan (SJAMNS), kepada sebahagian mangsa banjir di negeri tersebut.
“Sudah banyak kali saya turut serta dalam misi seumpama ini. Cuma sejak menyertai SJAMNS awal tahun lalu pembabitan saya lebih kerap tertumpu di negeri berkenaan.
“Antaranya dalam program derma darah, kesedaran Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR), perkhidmatan ambulans sempena hari perayaan, pengedaran peralatan perlindungan diri (PPE) ke hospital dan klinik.
“Yang terbaru ini saya menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga 55 ahli keluarga yang terjejas teruk akibat banjir melanda di Seremban.
“Hati saya tersentuh ketika itu. Ada golongan tua yang terlantar dan uzur terkesan dengan ujian itu,” kata duta produk suplemen kesihatan Crystal C White itu.
Menurut bapa tunggal kepada Skylar Raymond Foo itu lagi, ada keluarga dan individu yang terjejas teruk.
“Bayangkan saat berdepan dengan pandemik, kemudian tanpa diduga air bah yang datang menguji lagi keteguhan hati mereka.
“Harta benda, kereta dan pelbagai lagi rosak teruk dek banjir hingga sukar untuk diperbaiki. Saya dimaklumkan banjir baru-baru ini berlaku pada waktu malam, paras air naik mencecah ketinggian dua meter.
“Ada antara mereka yang tidak sedar air naik sampai paras katil. Ada yang terperangkap hingga perlu diselamatkan,” katanya.
Kata Keith, dia bersyukur jenama produk yang melantiknya sebagai duta itu banyak melakukan kerja amal selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Kata aktor berasal dari Gemas itu lagi, dia sempat menghadiri kursus memandu ambulans dan berpeluang memandu kenderaan tersebut beberapa kali.
“Sudah beberapa kali juga saya memandu ambulan. Malah saya juga pernah menghadiri kursus untuk membawa kenderaan itu," katanya teruja.
Dalam perkembangan lain Keith baru sahaja selesai menjalani penggambaran beberapa buah telefilem dan drama, antaranya Dia Bukan Bidadari dan WiFi Sebelah Rumah.
Keith juga turut membintangi drama KL Gangster Underworld musim kedua yang akan bersiaran di platform WeTV bermula 10 Disember ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Hiburan

“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

gempak
01/09/2024
08:50 MYT
Pelakon, Keith Foo menyatakan rasa bangga selepas melihat lakonan kekasihnya, aktres Riena Diana di pementasan teater Anda Bertandak baru-baru ini.
Hiburan

Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

gempak
16/08/2024
07:55 MYT
Pelakon, Riena Diana mendedahkan hubungan cintanya bersama aktor, Keith Foo, masih baharu dan belum terfikir untuk ke arah perkahwinan.
Hiburan

"Dah Agak Lama Saya Tak Terima Mesej Kamu Mahu Bertemu Dengan Anak" - Bekas Isteri Keith Foo

gempak
11/02/2024
02:55 MYT
Ironi pada ucapan sempena Tahun Baru Cina yang disambut pada Sabtu, Kim turut mendedahkan Keith sudah lama tidak menghubunginya untuk bertemu dengan anak perempuan tunggal mereka, Skylar Raymond Foo.
Laman Utama

Selamba Bercuti Dengan Bekas Isteri, Ramai Puji Parenting Keith Foo Pada Anak

gempak
22/07/2022
08:38 MYT
Ramai Puji Parenting Keith Foo & Bekas Isteri Demi Anak