Berita
Serina Redzuawan Sah Bercerai Talak Satu, Gavin Tarik Balik Permohonan Nusyuz
Pelakon Serina Redzuawan, 34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya warga Britian Gavin Edward O'luanaigh kira-kira pukul 10.49 pagi, Selasa.
Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 40, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Ditemani seorang rakan dan peguam, Raihan Mustafa Kamal, Gavin yang juga ahli korporat kelihatan tenang ketika melafazkan talak terhadap Serina selepas hakim berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak.
Pada prosiding sama, Gavin turut menarik balik permohonan nusyuz (kembali taat) terhadap Serina yang difailkan sebelum ini.
Serina selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.
Serina diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.
Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010.
Sumber: mStar Online
Must-Watch Video