HIBURAN
Dakwa Diugut! Elliza Razak Minta ‘Support’ Bisnes Untuk Selesai Hutang - “Pihak Bertanggungjawab Hilang Tanpa…”
Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak memohon bantuan orang ramai selepas berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat serius.
Jelas Elliza, dia bukan mahu meminta derma namun hanya mahu orang ramai menyokong produknya agar dapat menyelesaikan hutang yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
"Dengan rasa rendah diri saya nak mintak bantuan anda semua boleh? Andai kiranya awak semua boleh support bisnes saya, sebab sekarang saya amat memerlukan satu jumlah yang besar untuk saya selesaikan masalah yang diberi bebenan ke atas saya sebelum saya bercerai lagi.
"Saya memerlukan RM8,300 untuk sesuatu yang sangat urgent, sepatutnya saya tidak meminta begini namun oleh sebab sipolan yang tak ada rasa tanggungjawab ini masih belum menjelaskan apa yang sepatutnya kepada saya. Sebenarnya jumlah keseluruhan adalah RM20,000 namun sudah dikira lebih kurang,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Dottie itu turut mendakwa ada pihak yang bertindak mengugut diriya.
Oleh itu, Elliza atau nama lengkapnya Elliza Abdul Razak meminta jasa orang ramai untuk membeli produk wangiannya bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
“Jauh sekali saya meminta derma, tetapi saya minta jasa baik awak semua untuk sokong perniagaan saya. Ada pihak yang masuk campur dan ugut saya macam-macam.“Saya ini nak menanggung dua orang anak saya sepenuhnya dan pihak bertanggungjawab hilang tanpa rasa bersalah. Harap dapat sokong saya, supaya saya dan anak-anak tak merempat disebabkan kesalahan si polan berkenaan,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen memberikan kata-kata semangat malah ada antara mereka yang membantu dengan berkongsi mengenai perniagaan Elliza.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon, Elliza Razak memaklumkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, Khairul Adzwan Nasir pada Februari 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.
Jelas Elliza,dia akhirnya dapat menghela segala kesakitan yang ditanggungnya apabila berjaya keluar daripada hubungan yang banyak menghancurkan hidupnya selama 12 tahun.
Must-Watch Video