gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dakwa Diugut! Elliza Razak Minta ‘Support’ Bisnes Untuk Selesai Hutang - “Pihak Bertanggungjawab Hilang Tanpa…”
HIBURAN
Cik Epal Sebak, Harap Anak-Anak Dapat Membesar Dengan Baik - “Doakan Han, Yuki & Saya Dapat Teruskan Kehidupan Dengan Tenang”
BERITA
Bayi Baru Lahir Dimakan Biawak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Bayi Baru Lahir Dimakan Biawak

gempak
Gempak
18/05/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Bayi Baru Lahir Dimakan Biawak

Seorang bayi baru lahir menjadi mangsa tragis apabila dimakan seekor biawak besar berukuran kira-kira dua meter berhampiran kawasan perumahan pekerja migran di daerah Bang Phli, Bangkok pada Jumaat.

Menurut laporan The Independent, hanya bahagian kepala bayi tersebut yang masih tinggal ketika ditemui pasukan penyelamat dari Yayasan Ruamkatanyu, manakala bahagian tubuh lain dipercayai telah dimakan reptilia berkenaan.

Salah seorang saksi kejadian, Kittisak Phongphipat berkata, pada mulanya dia menyangka objek dilihat adalah bangkai ikan yang terdampar akibat hujan.

“Saya fikir itu ikan yang dihanyutkan air hujan, tetapi apabila saya lihat lebih dekat ia sebenarnya seorang bayi...Bayi itu sudah hampir habis dimakan haiwan berkenaan,” katanya.

Bayi yang tidak dinyatakan jantina itu dipercayai baru dilahirkan dan dibuang ke kawasan sungai berhampiran perumahan migran sebelum ditemui reptilia jenis biawak air Asia atau Varanus Salvator.

Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan termasuk meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian bagi mengenal pasti individiu yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut.

Dalam pada itu, biawak air Varanus Salvator merupakan sejenis reptilia yang sering ditemui di kawasan bandar dan dikenali sebagai pemakan bangkai serta sisa makanan.

Walaupun ia tidak menyerang manusia secara langsung, namun masih boleh menjadi ancaman buat bayi dan kanak-kanak sekiranya tiada pengawasan orang dewasa.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bayi
#Biawak
#Kena Makan
Must-Watch Video