Laman Utama
Seputar Isnin: Yazmin Berbikini Di Monaco, Caprice Buat Content Dalam Toilet, Siti Sebak Hantar Aafiyah Sekolah!
Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan.
Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Isnin:
Perkongsian penyanyi rap Caprice yang memuat naik tarian yang sedang trending, Marry Me bersama isterinya Farra Inalis telah mengundang kecaman di akaun Instagram miliknya.
Gara-gara hendak mengikut trend membuat ‘content’ tarian yang sedang menjadi fenomena terutama di TikTok itu Caprice ditegur netizen kerana mendedahkan aurat ketika berada di dalam tandas dengan seluarnya dilucutkan.
Penyanyi tersohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin teruja apabila pertama kali dapat menghantar anak sulungnya, Siti Aafiyah yang berusia 4 tahun di hari pertama persekolahannya pada hari ini.
Berkongsi pengalaman itu, sebagai ibu Siti Nurhaliza, 43, akui dia tidak dapat menahan sebak dan dalam masa yang sama gembira melihat semangat Aafiyah untuk ke pra-sekolah.
Bintang Big Stage 2022, Yazmin Aziz tampil mengulas isu gambar seksi dan aksinya berbikini di Monaco pada Mei lalu.
Jelas Yazmin, atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 20, dia menghargai setiap teguran dari pengguna media sosial dan memohon maaf atas tindakannya.
#4 “Dating Pakai Topi Tak Nak Orang Cam” - Akhirnya Disatukan, Harris Annuar & Asha Merican Berbulan Madu Di Switzerland
Pelakon Harris Annuar meluahkan rasa syukur apabila hubungan dalam diamnya bersama isteri, aktres dan model Asha Mericam berakhir di jenjang pelamin.
Menurut Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, dia bertindak tidak mendedahkan jalinan cinta bersama Asha adalah atas faktor belum pasti dan takut tidak menjadi.
#5 “Dia Down Selepas Arwah Atuk Meninggal Dunia”- Nenek Jatuh Sakit, Bella Tak Sabar Nak Balik Sabah
Pelakon Bella Astillah mendedahkan neneknya jatuh sakit kerana bersedih selepas kehilangan datuknya yang meninggal dunia pada tahun lalu.
Bella memberitahu sudah tidak sabar hendak menziarahi neneknya di Sabah selepas selesai komitmen penggambaran di Kuala Lumpur.
Must-Watch Video