gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bapa Hisyam Hamid Menangis Ketika Tayangan Perdana Filem Memori - “Filem Ini Banyak Persamaan Dengan Hidup…”
HOLLYWOOD
Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Persaingan Semakin Sengit! Bintang Mana Yang Akan Pulang? Jom Semak Lagu Minggu Suku Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia

Maliah Surip
Maliah Surip
27/07/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia
Pesohor dunia gusti atau wresting, Hulk Hogan mengejutkan penggemarnya apabila dilaporkan meninggal dunia pada usia 71 tahun baru-baru ini.
Hogan dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. Dan sepanjang hayatnya, Hogan memiliki jutaan peminat yang mengikuti perkembangan kariernya dalam bidang sukan gusti.
Kini, meski Hogan telah meninggal dunia, peminat akan dapat menyaksikan kisah hidupnya apabila pemilik nama sebenar Terry Gene Bollea itu dalam pembikinan dokumentari yang bakal ditayang di Netflix.
Projek dokumentari tersebut dikatakan merupakan kerjasama dengan World Wrestling Entertainment (WWE), lapor CNN.
Pengisiannya akan berkisar tentang kehidupan legenda itu dari segi karier dan peribadi. Dokumentari tersebut didakwa tetap akan dipasarkan selepas Hogan meninggal dunia, kata satu sumber.
Malah penggambaran dokumentari tersebut masih dalam pembikinan. Penggambaran diketahui dimulai sejak tahun 2024 dengan lebih 20 jam temu bual telah dijalankan bersama Hogan sudah disiapkan. Produksi memiliki 30 jam babak tambahan yang telah dirakamkan.
Dokumentari tersebut akan diproduksi sepenuhnya oleh Hogan.
“Penonton akan melihat banyak perkara yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” ujar sumber kepada CNN lagi.
Bagaimanapun belum ada tarikh yang diumumkan mengenai tayangan dokumentari tersebut.
Topic Berkaitan
#Dokumentari
#Meninggal Dunia
#Gusti
#WWE
#Hulk Hogan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement