Hiburan

Sepanduk Anti Rohingya 'Kami Tak Perlukan Anda Di Sini' Cetus Kontroversi, Artis Malaysia Turut Bersuara!

gempak
Hanafis Haris
10/06/2020
08:54 MYT
Sponsor Banner
Sepanduk Anti Rohingya 'Kami Tak Perlukan Anda Di Sini' Cetus Kontroversi, Artis Malaysia Turut Bersuara!
Sejak semalam, viral satu sepanduk yang secara terang mengusir golongan Rohingya daripada memasuki satu kampung di Masai, Johor.
Tindakan berkenaan yang dianggap keterlaluan itu kemudian mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga maya.
Malah, beberapa golongan artis turut melahirkan kecewa mereka dengan kewujudan sepanduk tersebut.
Antara yang lantang bersuara termasuklah bekas ratu cantik Malaysia, Deborah Henry.
Menerusi satu posting di Instagram, Deborah meluahkan rasa kecewanya apabila sikap negatif berkenaan wujud di Malaysia.
"Ini adalah refleksi individu yang tidak mampu mencari penyelesaian.
"Ini bukan soal menuding jari tetapi masalah masyarakat yang lebih besar," katanya.
Posting berkenaan kemudian turut menarik perhatian rakan artis lain untuk memberikan pandangan masing-masing.
A post shared by Deborah Priya Henry (@deborahenry) on
Antaranya termasuklah Diana Danielle, Lisa Surihani, Daphne Iking dan Chef Wan.
Anda boleh lihat antara pandangan mereka di bawah.
Sementara itu menerusi laporan Free Malaysian Today (FMT) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim telah mengarahkan ketua kampung tersebut menurunkan sepanduk berkenaan.
“Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami penindasan seperti rakyat Rohingya yang ditindas oleh kerajaan Myanmar,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024