,
Berita

"Seorang Diri Membesarkan 6 Anak.. Basuh Baju Melambak Setiap Hari Macam Kedai Dobi" - Amelina

Kamaruddin Razal
28/08/2018
05:00 MYT
Ratu dangdut Amelina menceritakan pengalamannya menggalas tugas sebagai seorang ibu tunggal.
Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 44, berkongsi kisah tersebut di sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Biarpun sibuk dengan tugasnya sebagai penyanyi dan penghibur, Amelina tetap menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu.
Membesarkan anak bersendirian selepas berpisah dengan suami, Amelina tetap tidak lupa untuk membawa anak-anaknya keluar bersiar-siar.
"Seorang diri membesarkan 6 orang anak, Kaklong ibarat peniaga sederhana.
"Basuh baju melambak setiap hari macam kat kedai dobi, setiap kali masak mesti periuk besar macam nak berniaga sarapan pagi tepi jalan.
"Kalau mengemas rumah, Kaklong dah macam tentera membersihkan tongkang pecah!
"Tapi nasib baik Kaklong ada vokal melaung, jerit sekali semua datang tolong...
"Sekarang Kaklong dah settle semua kerja di rumah. So rasanya kat mana tempat menarik nak bawak anak-anak Kaklong merayap jalan-jalan petang Ahad ni ek?! Korang ada idea tak?!" tulis Amelina.
Rata-rata peminat memuji kehebatan Amelina memikul tugas sebagai ibu tunggal kepada enam orang anak.
Ada netizen menyifatkan Amelina sebagai 'superwoman' dan mendoakan agar penyanyi ini selalu diberikan kekuatan untuk mencari rezeki demi anak-anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Amelina Harap Bella Astillah Kuat Demi Anak-Anak - “Ingat Orang Luar Tak Selamanya Bersimpati Dengan Kita”

gempak
08/04/2024
05:30 MYT
Doakan Bella sentiasa kuat bersama anak-anak.
Hiburan

3 Kali Tangguh, Penganjur Nekad Teruskan Konsert Milenia, Tawar Diskaun 50% - "Saya Tak Mahu Dilabel Scammer"

gempak
24/01/2024
11:09 MYT
Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Amelina Akui Tersilap Strategi, Tone Suara Beri Clue Identiti Pom Pom Kin

gempak
15/01/2024
01:55 MYT
Pom Pom Kin tersilap strategi
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Sebagai Penyanyi, Sumbang Diharamkan” - Ramli MS Komen Nikki Palikat Berdangdut, Syafinaz Tanya Baju Ketat Sangatkah?

gempak
12/11/2023
14:35 MYT
Nikki Palikat okey tak tu?
Laman Utama

Hormati Sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November

gempak
25/09/2023
05:51 MYT
Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.