gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Selesa Ulang Alik Kelantan Ke KL, ‘Cik Man Rock Oo’ Masih Mampu Pandu Kereta Sendiri - “Untuk Jadi Orang Yang Sihat, Pertama Sekali Hati Kena…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
05/09/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Selesa Ulang Alik Kelantan Ke KL, ‘Cik Man Rock Oo’ Masih Mampu Pandu Kereta Sendiri - “Untuk Jadi Orang Yang Sihat, Pertama Sekali Hati Kena…”
Pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Man rock oo’ memberitahu dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.

Mampu pandu kereta

Berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur (KL), Kamarool berkata dia masih mampu untuk memandu kenderaan sendiri biarpun usianya sudah mencecah 66 tahun.

“Saya memang ulang alik… saya rasa lebih selesa menetap di Kelantan. Lagipun perjalanan dari Kelantan ke KL dalam paling lama pun lima jam.

“Bagi saya, seorang seniman kena duduk jauh… sebab dalam perjalanan jauh itu ada benda yang kita boleh fikir. Kadang-kadang saya memandu sendiri dan ada juga orang tolong bawakan.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Dapat RM15 Sehari, Pak Cik 'Tukang Kasut' Sayu Dibantu Penyampai Radio ERA - "Dia Minta Tolong Kami Promosikan..."

“Alhamdulillah, saya masih mampu untuk memandu lagi. Cuma bila orang tengok saya dah berusia, orang akan tanya ‘boleh bawa ke? Mata nampak ke?’. Tapi saya okay saja,” kata Kamarool kepada Gempak.

Tak jaga permakanan

Dalam pada itu, Kamarool mendedahkan dia tidak menjaga permakanan namun hanya menganggap hati perlu bersih untuk kekal sihat.

“Saya tak ada menjaga pemakanan, tapi untuk menjadi orang yang sihat, pertama sekali hati kena bersih. Sampai kiamat, kita akan menjadi manusia yang paling selamat.

“Kesihatan kita datang dari hati. Bagi saya, makan la lori sekali pun, janji hati cantik… cantiklah kesihatan kita. Saya tak ada pantang makanan, tidur pun kadang-kadang 4 atau 5 pagi,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#KL
#Cik Man Rock Oo
#Kamarool Yusoff
#Ulang alik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement