,
Laman Utama

Selepas Enam Bulan Bekerja Keras, Neelofa Lancar Aplikasi TheNoor - "Pengalaman Merakamkan Suara Meninggalkan Momen Luar Biasa"

Zulaikha Yusof
30/01/2021
06:50 MYT
Usahawan terkenal Neelofa, 32, melebarkan sayap dalam perniagaan dengan meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu.
Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana iaitu TheNoor.
TheNoor adalah aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
Menurut Neelofa, TheNoor, merupakan aplikasi semua dalam satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup Muslim di seluruh dunia.
"Kita tidak boleh nafikan tentang kerancakan pembangunan platform-platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelbagai peranti pintar dengan sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.
"Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik IT, pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kaum muslimin ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan cepat.
"Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Turki, Perancis, Sepanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang.
"Alhamdulillah, setelah hampir lebih enam bulan, kami dengan bangganya melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa turut berkongsi pengalamannya ketika dalam sesi rakaman membaca ayat suci Al-Quran.
Akuinya, hati dia terjentik sehinggakan mengundang rasa sebak lalu mengalirkan air mata.
"Pengalaman merakamkan suara untuk bacaan tafsir ini meninggalkan momen yang luar biasa bagi diri saya. Bayangkan saya membaca dan melontarkan suara bacaan ayat-suci ayat Al-Quran yang penuh makna dalam studio seorang diri.
"Ada suatu ketika saya tersentuh ayat-ayat suci tersebut dan mengundang rasa sebak sehingga menitiskan air mata. Mungkin, nanti jika ada yang menggunakan aplikasi ini boleh mendengar getar suara saya membacakan ayat-ayat tersebut," katanya lagi.
Selain Neelofa, Noor Luminous Sdn. Bhd. turut diterajui oleh Pengerusi Eksekutif, Ahmad Tajuddin Idris dan Ketua Pegawai Teknologi, Mohd. Izzairi Yamin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.