,
Berita

Selepas Ditahan, Najib Sampaikan Isi Hati Buat Rakyat Malaysia

Elrafaei Sapi
03/07/2018
16:42 MYT
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik satu video terbaru di media sosial yang ditujukan kepada rakyat negara ini untuk meluahkan perasaannya berhubung tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya.
Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat itu yang dimuat naik menerusi Twitter malam tadi menyatakan video tersebut dipertontonkan selepas beliau diambil tindakan.
"Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik," katanya.
Najib yang turut menggunakan beberapa visual lama dirinya sebelum ini menyatakan beliau sudah melakukan sedaya upaya tetapi sedar ia tidak mencukupi kerana mengakui ada banyak kelemahan.
"Namun demikian, saya juga ingin menyuarakan isi hati saya kepada rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi.
"Ya, memang saya tidak sempurna seperti manusia biasa. Namun percayalah, apa yang dituduh ke atas saya dan keluarga tidak semuanya benar," katanya. Najib ditangkap pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB pada jam 2.35 petang semalam berhubung siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan media pasukan tersebut, tangkapan itu dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh pada 4 Julai 2018 jam 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.
Pasukan Petugas Khas 1MDB itu disertai Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @501Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Viral

Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

gempak
19/09/2024
11:53 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

gempak
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Berita

Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

gempak
16/07/2024
12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.