,
Laman Utama

Selain Mantan PM & John Lennon, Ini Kes Tembak Mati Berprofil Tinggi

Maliah Surip
10/07/2022
14:55 MYT
Peristiwa membunuh atau tembakan kembali menjadi tajuk utama di banyak berita dunia.
Belum pun reda dengan siri penembakan di sekolah dan tempat ibadat, dunia dikejutkan dengan kematian mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.
Berikut fakta mengenai Abe dan beberapa figura berprofil tinggi yang kehidupan mereka diakhiri dengan kematian secara tragis.
1. Shinzo Abe Ditembak Sewaktu Berucap
Abe, 67, mati setelah ditembak sewaktu memberi ucapan sempena kempen pilihan raya Ddwan Negara di jalanan di Bandar Nara, barat Jepun pada Jumaat 8 Julai 2022.
Beliau bagaimanapun pada waktu sekitar 11.30 pagi telah ditembak sebanyak dua kali pada bahagian dada oleh seorang lelaki tempatan.
Abe gagal diselamatkan dengan doktor menjelaskan peluru telah menembusi jantungnya terlalu dalam dan diumum meninggal dunia pada pukul 5.03 petang waktu tempatan oleh pihak hospital.
Media tempatan melaporkan lelaki berkenaan dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, seorang anggota Tentera Laut atau The Japan Maritime Self-Defense Force.
Yamagami juga dilaporkan menggunakan senjata buatan sendiri dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut kerana telah lama sakit hati dengan Abe.
Untuk rekod, Abe merupakan perdana menteri yang paling lama memegang jawatan, antara 2006 hingga 2007, dan 2012 hingga 2020.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah era Junichiro Koizumi pada September 2005.
2. John Lennon Dibunuh Peminat
Dalam sejarah hiburan, kematian tragis pesohor seni John Lennon tidak akan pernah berhenti dibahaskan.
Lennon yang merupakan pengasas kugiran muzik The Beatles, mati setelah ditembak oleh peminat obsesnya, Mark David Chapman.
Beliau mati pada 8 Disember 1980 di New York City selepas Chapman menembaknya sebanyak empat kali pada bahagian belakang dari jarak dekat.
Ironi, pada hari sama, Chapman telah dilayani dengan baik suami Yoko Ono tersebut selepas dia meminta tandatangan terhadap salah sebuah album miliknya.
Namun setelah mendapatkan tandatangan, Chapman diketahui tidak beredar dari hotel tempat pasangan ikonik itu menetap dan melakukan jenayahnya pada ‘waktu yang tepat’.
Mengikut laporan media Chapman malah tetap berada di lokasi pembunuhan selepas insiden penembakan berlaku sambil membaca The Catcher in the Rye karya J. D. Salinger sebelum ditangkap polis.
Dia mengaku melakukan jenayah tersebut kerana terinspirasi dari karakter karakter Holden Caulfield dalam novel Salinger.
Atas perbuatannya membunuh salah satu lelaki seni paling genius pada era tersebut, Chapman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, meski doktor menyifatkan lelaki berusia 25 tahun tersebut sebagai psikotik.
3. Tupac Shakur Mati Ditembak, Pembunuh Gagal Dikesan Hingga Kini
Kematian bintang hip hop Tupac Shakur juga menjadi salah satu insiden paling tidak pernah dilupakan oleh peminatnya.
Apa lagi Tupac meninggal dunia pada usia yang terbilang muda iaitu 25 tahun, dan saat kariernya berada di puncak.
Untuk rekod, Tupac mati setelah gagal diselamatkan kerana terkena sekurangnya empat tembakan dari individu tidak dikenali.
Insiden tersebut berlaku pada 7 September 1996 di Las Vegas sewaktu kereta yang dinaiki Tupac bersama pemilik Death Row Records, Marian Suge Knight berhenti di lampu isyarat sebatang jalan.
Sebuah kereta jenis Cadillac berhenti di sebelah sebelum melepaskan sekurangnya 12 tembakan dengan empat tembakan mengenai Tupac manakala satu melukai Suge.
Tupac kemudian dilarikan di hospital dan menerima rawatan sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia pada 13 September 1996.
Sehingga kini, penjenayah yang melakukan aksi tersebut gagal ditangkap polis.
4. Rapper Sidhu Moose Wala Mati Tertembak 8 Kali
Rapper terkenal India, Sidhu Moose Wala meninggal dunia selepas terkena 8 daripada 30 tembahan yang dilepaskan oleh pembunuh upahan terhadapnya pada 29 Mei 2022 lalu.
Sidhu Moose menjadi terkenal sejak pertama kali merilis karya pada 2017 juga terjun ke dunia politik meninggal dunia pada usia 28 tahun.
Menurut laporan media, rapper tersebut mati dalam satu serangan sewaktu menaiki kereta di jalan Mansa, Punjab, India. Beliau mati dengan berlumuran darah selepas terkena 8 daripada 30 tembakan yang disasarkan kepadanya, yang pelurunya datang dari tiga senjata berbeza.
Insiden tembakan itu dipercayai berlaku selepas pengurus pemilik nama sebenar Shubhdeep Singh tersebut berselisih faham dengan kumpulan gangster dari Kanada.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar