BERITA
Scammer Jual Tanda Tangan Palsu Kim K, Donald Trump Dipenjara
Seorang penipu yang telah berjaya menjual pelbagai barangan peribadi tiruan termasuk tanda tangan palsu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan selebriti Kim Kardashian ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara.
Anthony J Tremayne, 58, berdepan dua dekad hukuman duduk di sebalik tirai besi selepas mengaku bersalah telah memperoleh keuntungan yang cukup besar selepas memperdaya ramai orang dengan barangan peribadi ikon terkenal yang didakwa sebagai asli.
Menerusi dokumen mahkamah, Tremayne yang kini menetap di Mexico telah menjual antaranya barangan peribadi atlet dan selebriti paslu kepada pembeli dengan nilai melebihi RM224, 000 pada sekitar tahun 2010 sehingga 2019, lapor The Independent.
Tremanye pada November 2019 telah menjual surat dengan tandatangan palsu Kim K yang didakwa diperoleh menerusi program Keeping Up with the Kardashians.
Bagaimanapun tanda disedari dia telah menjual barangan palsu tersebut kepada seorang pegawai penyiasat yang menyamar.
Suspek juga menyenaraikan tanda tangan Trump untuk dijual pada Disember 2019.
Sewaktu serbuan dibuat, Tremanye sempat menyelar pihak berkuasa dengan bertanya: “Kenapa saya? Pihak berkuasa ada banyak lagi perkara yang lebih serius untuk diberi perhatian.”
Must-Watch Video