,
Laman Utama

“Saya Rindu Nak Tengok Dia Melawak…”- Dakwa Terkena Buatan Orang, Tajul Sedih Khalis Tak Boleh Bercakap & Terlantar Sakit Secara Tiba-Tiba

Syafiqah Jalal
09/04/2021
10:20 MYT
“Sedih melihat keadaannya…Saya rindu nak dengar dia melawak kerana dia seorang yang periang serta suka beriadah bersama keluarga di tepi pantai,” kata penyanyi Tajul Ariff Noor Md. Shaari yang akui terkejut melihat keadaan abangnya, Khalis Shari yang juga penyanyi kumpulan The Real Spin.
Menceritakan mengenai keadaan Khalis ketika tiba-tiba jatuh sakit pada minggu lalu, Tajul terkejut melihat perubahan yang ketara apabila abangnya yang mengalami susut badan serta secara tiba-tiba tidak boleh bercakap hingga terlantar sakit.
“Sekejap je dia berubah jadi begitu, dalam masa tiga hari badannya jadi lesu dan susut dengan banyak.
“Saya memang terkejut melihat perubahannya dan bersimpati dengan nasibnya,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Terdahulu, tular di media sosial foto Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari, 32, yang kelihatan amat pucat serta badan yang kurus didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).
Bagaimanapun, Tajul tidak menolak kemungkinan abangnya terkena buatan orang.
“Ketika dia jatuh sakit tu, kami dah bawa dia berjumpa dengan doktor dan dia disahkan tidak mempunyai apa-apa penyakit.
“Sehinggalah kami bawa dia membuat perubatan Islam dan tradisional. Dia nampak sedikit sihat selepas itu namun tidak lama kemudian dia kembali sakit.
“Oleh kerana itu, dia dibawa ke hospital dan kini sedang dirawat oleh doctor,” kongsinya lagi.
Difahamkan berat abangnya kini menurun sehingga 32 kilogram (kg) berbanding sebelum sakit, 50kg.
Dalam pada itu, Tajul meminta agar semua mendoakan kesihatan abangnya supaya segera sembuh.
“Saya minta doa orang ramai supaya abang saya cepat baik,” pintanya.
Sementara itu, isteri Khalis, Zalina Azman, 40, menerusi laporan Harian Metro mengesahkan suaminya sudah dipindahkan ke wad biasa dari zon merah.
“Semalam dia mula sedar dan sudah boleh bercakap. Namun, tubuhnya masih sangat lemah serta kurang bertenaga," katanya.
Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin dan abang kepada penyanyi, Tajul Ariff pernah popular dengan lagu Semakin Rindu pada 2017. Video muzik lagu itu di YouTube sudah mencatat 10 juta tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

gempak
13/11/2024
03:25 MYT
Pelakon Ebby Yus yang kini sedang berehat panjang daripada industri hiburan menerima kunjungan seorang pelakon yang juga penyandang gelaran Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya pada Isnin.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Lyia Meta Penyanyi Malaysia Pertama Dicalonkan Dalam Anugerah Grammy

gempak
11/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi kelahiran Malaysia, Lyia Meta terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Unitar