"Saya Profesional" - Azrel Tiada Masalah Digandingkan Dengan Fathia Atau Zahirah | Gempak
BERITA

"Saya Profesional" - Azrel Tiada Masalah Digandingkan Dengan Fathia Atau Zahirah

gempak
Syafiqah Jalal
30/01/2018
02:13 MYT
Sponsor Banner
"Saya Profesional" - Azrel Tiada Masalah Digandingkan Dengan Fathia Atau Zahirah
Pelakon Azrel Ismail menegaskan dia tiada masalah jika ditawarkan berlakon dengan aktres kontroversi Fathia Latiff dan Zahirah Macwilson selepas ini.
Azrel sebelum ini pernah bekerjasama dengan kedua-dua pelakon wanita itu untuk drama bersiri La Luna.
"Saya profesional dan tiada masalah dengan Fathia mahu pun Zahirah walaupun nama mereka hangat diperkatakan sepanjang tahun lepas.
"Saya senang dan selesa berlakon di samping Fathia serta menghormatinya sebagai seorang pelakon yang senior.
"Manakala, Zahirah pula menjadi rakan saya sepanjang penggambaran drama itu di Malaysia dan di Bosnia selama beberapa bulan lalu.
"Jadi, tidak timbul sebarang isu pun antara saya dan mereka. Kisah peribadi masing-masing saya tidak mahu masuk campur sebab ia sangat sensitif," katanya kepada Astro Gempak.
Penggambaran drama bersiri La Luna terbitan RTM itu mencetuskan kontroversi apabila pelakon wanita utamanya, Fathia, digugurkan kerana masalah disiplin dan digantikan dengan Zahirah.
Nama Zahirah pula meledak hujung tahun lalu apabila dituduh menjadi punca perpisahan pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @azrelismail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man The Movie