,
Laman Utama

“Saya Pernah Ajak Dia Check, Tapi Tak Mahu” - Suami Rohana Jalil

Amri Hassan
21/06/2023
07:50 MYT
Suami Allahyarhamah Rohana Jalil, Jahangir Khan menyifatkan arwah sebagai seorang isteri terbaik.
Jahangir, 66, berkata sepanjang menempuhi bahtera perkahwinan, dia dan arwah tidak sekali pun berdepan krisis rumah tangga.
“Saya masih terdengar suara dan gelak tawa dia. Saya sudah bersama dengan arwah 40 tahun tanpa ada masalah. Tiada juga krisis yang besar antara kami. Dia terbaik dari semua kategori.
“Dia merupakan seorang isteri yang terbaik. Saya dengan kerja saya, dia dengan kerja dia dan kami boleh hidup bersama kekal hingga akhir hayat,” katanya kepada Gempak.
Jahangir ditemui selepas pengebumian arwah Rohana di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Jahangir berkata dia pernah mengajak isterinya untuk melakukan pemeriksaan doktor selepas melihat perubahan pada fizikalnya, namun arwah enggan berbuat demikian.
“Apa yang saya lihat fizikal badan dia semakin susut. Saya pernah ajak dia buat pemeriksaan tetapi dia tidak mahu. Dia kata okay sahaja. Bukan sekali, tapi tiga empat kali saya ajak,” ujarnya.
Terdahulu, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11:33, malam Selasa.
Rohana Jalil, 68 telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.
Media melaporkan jantung Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil boleh terhenti pada bila-bila masa kerana jangkitan kuman telah merebak ke beberapa organ dalaman.
Untuk info, arwah mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.
ARTIKEL BERKAITAN: Belasungkawa: Meninggal Dunia Pada Usia 68, Berpulangnya Penyanyi Berhati Mulia Rohana Jalil
ARTIKEL BERKAITAN: "Mohon Doakan Arwah Mama" - Kilafairy
ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI! Rohana Jalil Meninggal Dunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kilafairy Selesa Dengan Status Single, Hubungan Cinta Terdahulu Tinggal Kesan - “Saya Tak Takut Pun Nak Jumpa Orang Baru Cuma…”

gempak
18/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Kilafairy mengakui dia lebih selesa menjalani kehidupan solo selepas tiga tahun tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.
Hiburan

Kilafairy Tolak Tawaran Berlakon Di Hospital, Masih Trauma Dengan Pemergiaan Arwah Ibu - “Saya Rasa Perasaan Ini Akan Ada…”

gempak
16/07/2024
00:55 MYT
Sudah lebih setahun ibunya yang juga penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia, namun pelakon dan penyanyi Kilafairy, 30, mengakui masih belum mampu mengendalikan trauma kehilangan dengan baik.
Hiburan

“Mungkin Arwah Rasa Down Selepas Rohana Jalil Meninggal Dunia” - Salwa Abdul Rahman Kongsi Momen Terakhir Dengan Jaafar Onn

gempak
03/04/2024
08:30 MYT
Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkongsi momen terakhir dengan Allahyarham Jaafar Onn
Laman Utama

Usus Bocor Punca Rohana Jalil Meninggal Dunia? Jom Semak Punca & Simptom Dialami Pesakit

gempak
22/06/2023
13:53 MYT
Jom semak faktor & simptom kebocoran usus.
Laman Utama

Jaafar Onn Imbas Kenangan Terakhir Bersama Rohana Jalil - "Ketika Itu Dia Nak Berjalan Pun Susah, Nyanyi Pun Sambil Duduk"

gempak
22/06/2023
00:50 MYT
Jaafar Onn dan Rohana Jalil sering mengadakan persembahan duet bersama-sama.