HIBURAN
Abby Abadi Kongsi Pendapat Mengenai Poligami - “Nak Tanggung Diri Sendiri Pun Sedih, Apatah Lagi Anak Orang”
Tidak pernah menentang poligami, namun pelakon dan penyanyi Abby Abadi berpendapat seorang lelaki yang ingin berpoligami perlulah mempunyai ilmu yang cukup.
Tanggungjawab besar
Menerusi perkongsian di platform Thread, Abby berkata menjadi seorang hamba Allah juga sudah mempunyai tanggungjawab yang besar apatah lagi suami yang beristeri lebih dari satu.
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Bidas Komen Netizen Suruh Minta Maaf Dengan Umisya - “Aslam Tu Apa? Kayu Ke? Kenapa Awak Tak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Semakin Berisi, Netizen Teka Marissa Dania Hamil?
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Pesan Pada Anak-Anak Jaga Solat, Jaga Aurat - “Dari Kecil Mama Orang Susah…”
“Saya tak menentang poligami tapi kalau tak ada ilmu, tak payahlah seronok sangat sebab kahwin tu bukan macam main masak-masak.
“Dilahirkan atas dunia ni sebagai hamba Allah pun dah besar tanggungjawabnya… apatah lagi nak jadi seorang suami yang beristeri lebih dari satu.
“Tak payah sembanglah… seorang pun makan minum pakai, tempat tinggal tak tertanggung sempurna… apatah lagi kalau ramai,” kongsinya.
Tidak berkemampuan
Dalam perkongsian lain, Abby turut menganggap kebanyakkan lelaki yang memilih untuk berpoligami disebabkan nafsu disebabkan ada antaranya tidak berkemampuan untuk menangung diri sendiri.
“Banyak-banyak sunnah, kenapa poligami jadi pilihan? Sebab nafsu saja tu. Kalau sebab nak rebut tanggungjawab macam zaman nabi dulu, rasanya mcm tak nampak pun ke arah tu.
“Nak tanggung diri sendiri pun sedih. Apatah lagi nak tanggung anak orang kan. Sekarang pun ramai saja isteri monogami yang tanggung diri sendiri. Apatah lagi yang berpoligami.
“Memang sendiri juga cari rezeki, tanggung keperluan sendiri. Tu yang heran kenapa nak juga diduakan,” ujarnya.
Nak tahu pandangan
Bagaimanapun Abby meminta netizen untuk tidak mengaitkan mana-mana individu dalam perkongsian pendapatanya itu.
“Kenapa pilih diduakan? Kalau boleh dapat suami untuk bersama kita. Jom bincangkan. Jangan kaitkan dengan sesiapa. Cuma nak tahu pandangan saja.
“Kenapa, mengapa… siapa berlebih-lebih, macam hebat sangat, saya block,” katanya lagi.
Must-Watch Video