gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
HIBURAN
JKKN & KESUMA Segarkan Warisan Melayu Menerusi ‘Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Aqo Imran Pilih Tenang, Tamatkan Isu Pukul Pereka Fesyen - “Saya Halalkan Hutang Mereka”

Gempak
Gempak
18/04/2025
02:03 MYT
Sponsor Banner
Aqo Imran Pilih Tenang, Tamatkan Isu Pukul Pereka Fesyen - “Saya Halalkan Hutang Mereka”
Jurugambar, Aqo Imran meluahkan rasa syukur apabila kes yang melibatkan dirinya memukul pereka fesyen, Razman dan Razmi Abdul Rahman di sebuah acara di Petaling Jaya awal tahun lalu telah pun selesai.
Jelas Aqo, dia mengambil keputusan untuk mengakui kesilapannya kerana tidak mahu memanjangkan isu dan demi ketenangan hidup.
“Alhamdulillah, kes sudah selesai. Saya pun dah mengaku bersalah dan semuanya sudah ditutup. Saya akui memang itu kesilapan saya.
“Sejak kes itu berlaku, saya jadi malas nak minta hutang. Saya reda saja. Jadi saya halalkan hutang mereka. Bukan sebab saya ni baik sangat, tapi saya dah penat dan malas nak fikir,” katanya.
Aqo Imran berkata demikian ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Kunafa Aiwahhhh Raya yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Heights baru-baru ini.
Terdahulu, dua pereka fesyen, Razman dan Razmi Abdul Rahman cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Dalam kejadian itu, pereka fesyen yang menghasilkan busana untuk usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bagi acara itu, dipukul dengan kamera oleh jurugambar terbabit.
Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Sebelum ini, dalam satu temubual media, Razmi mengaku ada berhutang sejumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta sekitar 2019.
Sumber: Mstar
Topic Berkaitan
#Pereka Fesyen
#Hutang
#Reda
#Aqo Imran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement