gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: “Rayme Adalah Contoh Terbaik Untuk….” - Aina Abdul
HIBURAN
Hafiz Suip Sebak, Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak - “Setiap Hari Rasa Nak Call Walaupun Macam Mustahil…”
HIBURAN
Didakwa Hanya Sewa Jet Peribadi, Aliff Syukri Janji Akan Beri Penjelasan - “Kalau Nak Beritahu, Nanti Orang Kata Riyak”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Saya Mengandungkan, Melahirkan & Membesarkan Zayn..." - Ibu Zayn Rayyan

Awani
Awani
22/07/2025
07:40 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mengandungkan, Melahirkan & Membesarkan Zayn..." - Ibu Zayn Rayyan
Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf berkata dia tidak pernah pergi ke kawasan sungai berdekatan kediamannya, tempat anaknya itu ditemui meninggal dunia.
Ketika memberikan keterangan di kandang saksi dalam perbicaraan hari ini, Ismanira sekali lagi menegaskan dia tidak pernah mengabaikan Zayn, malah tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu kecuali semasa bekerja.
“Saya tidak mengabaikan Zayn seumur hidup saya, khususnya pada waktu dan masa dalam pertuduhan tersebut.
“Saya tidak pernah ke kawasan sungai (lokasi penemuan mayat Zayn) seperti dalam pertuduhan.
“Saya benar-benar kehilangan anak pada hari tersebut dan tidak mengabaikannya,” katanya.
Ismanira turut menegaskan dia tidak pernah meninggalkan Zayn bersendirian melainkan ketika bekerja dan Zayn berada di sekolah.
“Saya mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Zayn. Sepanjang hayatnya, saya hanya berpisah dengan Zayn pada waktu saya bekerja dan waktu Zayn di sekolah saja,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ismanira bersama suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, sebagai penjaga kepada Zayn Rayyan, 6, didakwa telah mengabaikan kanak-kanak itu sehingga berisiko menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa berlaku di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, hingga ke lokasi anak sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokannya.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada Isnin, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Zaim selepas mendapati tiada elemen pengabaian dibuktikan oleh pihak pendakwaan, manakala Ismanira, diperintah membela diri kerana wujud kes prima facie terhadapnya.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kediamannya kira-kira 200 meter dari Blok R, pada malam keesokannya.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
#Mahkamah
#Zayn Rayyan
#Ismanira
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement