,
Laman Utama

"Saya Memang Terkejut Sebab..."- Reaksi Natural Jadi Perhatian, Alif Satar Tak Sangka Menang

Syafiqah Jalal
14/02/2023
09:36 MYT
Penyanyi Alif Satar akui terkejut apabila diumumkan lagu Anugerah Terindah nyanyiannya dengan Alif Satar & The Locos sebagai pemenang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu le-37 (AJL37) pada Ahad.
Malah momen dan reaksi wajah Alif ketika pengumuman pemenang dibuat turut menjadi sebutan di media sosial.
"Sebenarnya tersenarai sebagai finalis pun dah cukup membanggakan buat kami tak fikir pun soal nak bertanding, apatah lagi menang.
"Apa yang kami tahu hanya mahu beri yang terbaik dan hiburkan peminat sebab ini adalah tahun pertama masuk AJL.
"Terus-terang memang tak sangka akan menang. Kalau tengok rakaman wajah saya ketika diumumkan tempat ketiga pun dah tahu saya betul-betul terkejut. Tak sia-sia cipta lagu ini tiga tahun lalu," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Alif lagi ketika persembahan dia ada sedikit gementar berbanding ahli band The Locos yang lain.
"Masa jadi pengacara saya terfikir mahu bertanding sebagai finalis. Tetapi malam ini (Ahad) saya rasa lebih baik jadi pengacara kerana rasa gementar yang luar biasa.
"Tapi berbeza pula dengan ahli kumpulan yang lain, mereka lebih rileks dan bersahaja," kongsinya.
Justeru, Alif menyifatkan kemenangan itu sebagai permulaan mereka lebih dikenali sekaligus membuka mata semua peminat industri muzik dengan kewujudan Alif Satar & The Locos.
"InsyaAllah dengan kemenangan ini akan membuatkan orang lebih kenal Alif Satar & The Locos.
"Sebelum ini ramai yang tanya apa keistimewaan band ini, bagi saya kami cuba tampilkan kepelbagaian dalam muzik. Kami boleh nyanyi lagu pop, rock dan nasyid.
"Selain itu, hari ini (Ahad) semua peserta bersiap di bilik mereka sendiri, tetapi kami sanggup make up dalam bas. Tak kisahlah ruang sempit sekali pun.
"Kami sangat teruja tersenarai di AJL37 dan ini juga tanda akan bermula persembahan jelajah kami," ujarnya.
AJL37 menyaksikan Aina Abdul sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai RM100,000, serta meraih RM12,000 apabila berjaya menggondol trofi Vokal Terbaik.
Selain Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri AJL37 turut menampilkan juri-juri Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian.
Berlangsung dengan kehadiran lebih 8,000 orang penonton AJL37 dihoskan Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Peraduan

GOLD on Astro First - Sewa & Menang (CLH Signed Jersey)

gempak
30/08/2024
06:45 MYT
Korang nak menang menang jersi terhad ditandatangani oleh Cheah Liek Hou dan pelakon filem Gold? Jom Check it out!
Sukan

Paralimpik Paris: Liek Hou, Fareez Anuar Menang Aksi Pertama

gempak
29/08/2024
12:40 MYT
Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou, menepati ramalan memenangi perlawanan pertama kategori SU5 Kumpulan A Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi.