HIBURAN
Kecoh Isu Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Selamat Melahirkan, Kekasih Setia Temani Di Sisi
Pelakon filem Pengantin Setan, Erika Carlina selamat melahirkan cahaya mata sulungnya lebih awal daripada jangkaan pada pagi Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Erika menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan foto jari bayinya, sekali gus mendedahkan nama penuh serta tarikh lahir si comel.
“Andrew Raxy Neil, 01 August 2025,” tulis Erika di ruangan kapsyen.
Difahamkan, Erika sepatutnya bersalin pada 8 Ogos depan namun bayi lelaki itu memilih untuk melihat dunia lebih awal.
Sepanjang proses kelahiran, kekasihnya, Bravy dilihat setia berada di sisi Erika bagi memberi sokongan moral kepada aktres tersebut.
Sebelum ini, Erika pernah mengejutkan industri hiburan apabila secara terbuka mengaku sedang hamil anak luar nikah.
Jelasnya, dia tidak mahu berpura-pura atau menyembunyikan perkara tersebut dan memilih untuk berterus terang kepada peminat walaupun tahu bakal berdepan kecaman.
Must-Watch Video