,
Viral

"Saya Berkarya Atas Dasar..." - Kurta 'Body Fit' Dikecam Netizen Sebagai 'Kurtaik' , Anuar Faizal Tak Kecil Hati

Amri Hassan
25/04/2019
04:33 MYT
Pereka fesyen yang tular dengan kurta melekap pada badan, Anuar Faizal tidak berkecil hati dengan kritikan pedas daripada kalangan netizen.
Malah, kata Anuar dia terhibur membaca komen slapstik dan sarkastik daripada kebanyakan netizen yang seolah-olah berlumba mahu jadi paling kelakar.
"Sejujurnya saya tidak berkecil hati kerana dari pengamatan saya merasakan rata-rata wargamaya hanya mengkritik berdasarkan pada satu gambar sahaja yakni gambar model dari Iran yg berbadan sasa itu.
"Mungkin juga sebab model itu merupakan jurulatih kecergasan dan kebetulan memakai warna biru maka disamakan dengan superman.
"Saya tiada masalah baju ini dikaitkan dgn imej superhero kerana kesedaran mengenai tata fizikal yang sihat atau fenomena sado semakin diterima pakai rakyat Malaysia.
"Saya ingin baju rekaan saya menjadi penyuntik semangat utk lelaki di luar sana untuk membina badan yg lebih sihat dan berketerampilan lebih menarik.
"Lucu apabila membaca komen yang rata-rata berlumba untuk tunjuk siapa yg lebih kelakar, siapa yg lebih "mean" dalam leretan komen dan juga di ulang kicau.
"It became not about the kurta anymore. Its just between them to have a good laugh on who is meaner and who can come up with the funniest response to generate more "likes" for themselves," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, jelas Anuar rekaan busana lelakinya saban tahun sentiasa mendahulukan praktikaliti namun pada masa sama masih bergaya.
"Saya berkarya bukan untuk mengintai peluang viral atau tular tetapi atas dasar 'function with form'. Baju yang mempunyai nilai-nilai praktikal dan tidak kalah gaya.
"Viral mungkin dari sudut penataan untuk Fashion show pada minggu lepas di mana saya gayakan dalam bentuk kpop dan juga mendapat ilham dari peragaan fesyen dari Tokyo dan disarungkan ke tubuh model yang sasa.
"Maka terjentiklah wargamaya dengan sogokan visual tersebut. Mungkin ini merupakan suatu yang baharu dan memberi kejutan buat mereka," tambahnya.
Tular baru-baru ini apabila pertunjukan fesyen yang menampilkan busana Aidilfitrinya tahun ini dalam sebuah acara hiburan mendapat kecaman ramai di media sosial.
Hinggakan ada yang menyamakan kurta dan bayu Melayu rekaannya dengan pelbagai jolokan termasuk Superman, 'Kurtaik', pakaian renang muslimah dan kostum rancangan realiti Bolos Saja Dinding Itu.
Memandang setiap pandangan dan kritikan secara sudut positif, Anuar optimis terhadap sambutan yang diterima hari demi hari.
"Mungkin mereka ni kalis dosa kot... Secara rumusan, kami mendapati netizen (yang ramainya Melayu) sangat bersikap rasis dan juga suka berkata kesat.
"Bagi saya tiada istilah mulut jahat hati baik kerana limau yang diperah tidak akan mengeluarkan jus epal.
"Sedih mengenangkan bangsa Melayu yang hanya lantang di keyboards.
Namun kritikan yang membina tetap kami pandang serius dan senantiasa berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan.
"Saya mengucapkan terima kasih buat netizen yang matang dan penuh hormat dalam memberi nasihat," katanya lagi.
Rekaan kurta dan baju Melayu di bawah koleksi EidulogyAF merupakan cetusan idea daripada respon dan cadangan daripada pelanggan terdahulu.
EidulogyAF merupakan koleksi keenamnya sejak 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar