The Experts: Kereta Tercalar Atau Kemek? Buat Dekat Rumah Sahaja, Jimat Pun Jimat
Dalam situasi ekonomi semasa yang menuntut pengguna lebih bijak berbelanja, lebih-lebih lagi apabila berlaku keroskan kecil pada kenderaan anda seperti tercalar atau kemek.
1. Kenal Pasti Jenis Bumper
Langkah pertama adalah memeriksa material bumper kereta. Jika diperbuat daripada plastik, pembaikan DIY boleh dilakukan dengan lebih mudah menggunakan teknik pemanasan.
2. Gunakan Air Panas Untuk Bahagian Kemek
Air panas membantu melonggarkan permukaan plastik pada bumper yang kemek. Dengan menuangkan air panas dan menekan dari bahagian dalam menggunakan kain, bentuk asal bumper boleh dipulihkan.
3. Gosok Bahagian Yang Bercalar
Gunakan kertas pasir kasar (grit P120) untuk menggosok bahagian yang bercalar. Tujuannya ialah untuk meratakan permukaan sebelum disapu dengan sebarang lapisan penutup seperti putty.
4. Sapukan Putty Untuk Permukaan Tidak Rata
Putty khas seperti jenis cermin digunakan bagi menutup kesan calar atau kemik yang telah diratakan. Campuran putty dan hardener akan mengeras dalam beberapa minit sebelum proses seterusnya.
5. Lakukan Penggosokan Halus
Selepas putty kering, gosok semula menggunakan kertas pasir P120 untuk ratakan. Kemudian, gunakan grit P200 untuk memberikan permukaan yang lebih halus dan licin.
6. Bersihkan Dengan Petrol
Permukaan yang telah digosok perlu dibersihkan menggunakan petrol. Ini bagi memastikan tiada habuk atau kotoran yang boleh mengganggu hasil semburan cat. Petrol juga mempercepatkan proses pengeringan.
Cat semburan perlu disembur pada jarak sekitar satu kaki daripada permukaan. Semburan dilakukan secara berlapis (layering) dengan membiarkan setiap lapisan kering sebelum menyembur lapisan seterusnya. Ini membantu hasil semburan lebih rata dan kemas.
8. Akhiri Dengan 2K Clear Coat
Langkah terakhir ialah menyembur 2K clear coat untuk memberikan kilauan serta perlindungan tambahan. Lapisan ini menjadikan permukaan lebih tahan lama dan menyerlah seperti hasil bengkel profesional.
Jika dihantar ke bengkel, kos pembaikan mungkin boleh mencecah sehingga RM500.