gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kanak-Kanak 6 Tahun Diperkosa Dua Kali Hingga Mati
GAYA HIDUP
The Experts: Kereta Tercalar Atau Kemek? Buat Dekat Rumah Sahaja, Jimat Pun Jimat
HIBURAN
Konsert Slam Dan Exists, Bila Dua Legenda Berpadu, Kenangan & Emosi Peminat Bersatu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Konsert Slam Dan Exists, Bila Dua Legenda Berpadu, Kenangan & Emosi Peminat Bersatu

Mya Amri
Mya Amri
02/08/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Konsert Slam Dan Exists, Bila Dua Legenda Berpadu, Kenangan & Emosi Peminat Bersatu
Jika ada yang berkata mereka tidak pernah mendengar lagu-lagu Slam atau Exists, besar kemungkinan mereka belum pernah benar-benar melalui fasa jatuh cinta, kecewa, merindu, bersau atau ditinggalkan.
Sabtu lalu, ribuan peminat membanjiri Mega Star Arena, Kuala Lumpur bukan sekadar untuk menonton konsert, tetapi untuk menyelami semula perasaan yang pernah mereka lalui.
Dua nama besar iaitu Slam dan Exists menjadi suara serta saksi bagi setiap momen istimewa itu.
Sejak era kaset hingga ke zaman Spotify, karya-karya mereka seakan sudah menjadi runut bunyi kehidupan.
Dari detik pertama hati berbunga hingga saat ia hancur, lagu-lagu mereka menjadi tempat berteduh, tempat melepas rindu, dan kadangkala tempat untuk menangis diam-diam.
Gabungan Slam dan Exists di atas satu pentas akhirnya menjadi kenyataan, sesuatu yang telah lama diimpikan oleh peminat tegar kedua-dua band ini.
Terima kasih kepada Republic Mokhmah Records dan SS KaryaVenture, konsert “Slam x Exists: Our Journey” menjadi malam penuh magis.
Menyentuh mengenai konsert, teknikal bukanlah satu isu besar, kerana peminat tahu, kedua-dua band ini sentiasa teliti dan serius tentang kualiti persembahan.
Yang lebih penting adalah kesatuan dan harmoni di antara mereka di mana dua kumpulan legenda ini membuktikan, dalam industri muzik, persahabatan itu boleh kekal tanpa drama.
Mereka tidak perlu ‘flex’, tidak perlu cerita sensasi siapa yang tinggal, siapa yang pergi. Yang mereka tunjukkan ialah brotherhood yang utuh, seni yang matang dan kerja keras tanpa henti.
Slam dan Exists hadir bukan sekadar untuk menyanyi tetapi sebagai simbol ketekunan dan kesetiaan terhadap seni.
Susunan muzik yang segar, persembahan bertenaga dan emosi yang tulus menjadikan setiap lagu malam itu bukan sekadar persembahan, tetapi pengalaman.
Antara lagu popular yang disampaikan adalah Gerimis Mengundang, Jesnita, Tak Mungkin Berpaling, dan Alasanmu.
Lebih 30 tahun bertapak dalam industri, Slam dan Exists bukan sekadar nama.
Setiap anggota band iaitu Zamani, Shah, Man, Lili, Eddie, serta Ezad, Along, Musa, Ajai, Ujang, membawa karisma tersendiri.
Mereka bukan sekadar penyanyi atau pemuzik, mereka adalah emosi, yang membentuk rasa dan identiti generasi.
Malah, buat mereka yang dengan bangga berkata “saya tak dengar muzik Melayu”, Slam dan Exists adalah alasan kenapa anda patut mula mendengar.
Kerana dalam muzik mereka ada usaha, ada nilai, ada jiwa dan ada cerita.
Belajar erti rajin, sabar, tekun dan disiplin melalui dua kumpulan yang diasaskan pada tahun 90-an ini dan masih kekal relevan dan diminati hingga kini.
Malam itu bukan hanya hiburan. Ia adalah lembaran sejarah, penghargaan buat dua nama besar yang tidak pernah berhenti memberikan karya berkualiti tanpa bergantung pada kontroversi murahan.
Konsert Slam x Exists: Our Journey membuktikan bahawa cinta, kenangan dan persahabatan boleh dirangkum dalam satu malam dan satu pentas.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Slam
#Exists
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement