,
Laman Utama

"Saya Akui Tidak Menjaga Sensitiviti Berbilang Kaum ..." - Niat Nak Bergurau, Ryzal Duriankimchi Mohon Maaf Hina Pakaian Tradisional Kaum Iban

Zulaikha Yusof
27/05/2021
04:45 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya menghina pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.
Kata Ryzal, dia mengakui tindakan yang dianggap sekadar gurauan itu telah mengguris hati rakyat Malaysia terutama kaum Iban.
"Saya buat salah, saya bertanggungjawab. Kaum Iban, saya mohon maaf. Saya faham, semua marah dan kecewa dengan perkongsian sensitif gurauan saya dan Maryam yang mengguriskan hati rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak.
"Saya akui tidak menjaga sensitiviti berbilang kaum di Malaysia, maka saya bertanggungjawab ke atas tutur kata dalam gurauan saya," katanya.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Ryzal telah memuat naik sebuah rakaman video bagi menjernihkan situasi yang sudah tegang.
Tambahnya, dia tidak berniat untuk menghina ketika bergurau senda bersama isteri, Maryam namun sedar kelakuannya kali ini telah melampaui batas.
Justeru, Ryzal berasa kesal dengan tindakan tidak cerdiknya itu yang tidak menghormati budaya kaum tersebut.
"Tiada sebesar zarah pun niat saya untuk menghina, apatah lagi mencetuskan perbalahan. Saya betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ia melebihi batas.
"Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik berkenaan pakaian tradisional Iban tadi. Saya kesal dengan gurauan tidak menghormati budaya itu.
"Kepada rakan-rakan yang mengenali, saya minta maaf sekali lagi andai gurauan itu sungguh mengecewakan," katanya lagi.
Pada Rabu, Ryzal telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.
Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
BACA: Faye Kusairi, Sharnaaz Ahmad Kesal Ryzal 'Duriankimchi' Gelar Pakaian Iban Kain Buruk & Alas TV!
Sebelum ini, Ryzal pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

gempak
10/08/2024
03:38 MYT
Pempengaruh terkenal, Maryam Durian Kimchi tampil memohon maaf susulan video lawak double meaning suaminya, Ryzal Ibrahim, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Viral

Selepas Suami Dikecam, Netizen Dakwa Maryam Durian Kimchi Sombong - “ Haritu Jumpa Kat Mall..”

gempak
08/08/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi didakwa bersikap sombong ketika disapa oleh salah seorang netizen.
Terkini

“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

gempak
26/05/2024
00:55 MYT
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Hiburan

Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21

gempak
19/04/2024
12:00 MYT
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Hiburan

Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”

gempak
29/03/2024
10:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mendedahkan yang dia mendidik anaknya Rina Diana supaya berdikari walaupun usia anaknya itu baru mencecah dua tahun.