,
Laman Utama

Sarat Mengandung 8 Bulan, Vivy Yusof Masih Kuat Bekerja, Sempat Lancar Butik Dua Tingkat Di Bangsar

Azwa Rahman
29/10/2021
06:34 MYT
Usahawan dan ikon fesyen Datin Vivy Yusof mengakui dirinya seorang yang kuat bekerja meskipun usia kandungannya kini mencecah lapan bulan dan dijangka akan melahirkan seorang bayi lelaki pada Disember.
Menurut Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, dia bersyukur mengandung anak keempat ini dipermudahkan.
“Alhamdulillah, perjalanan kehamilan kali ini lancar walaupun berdepan pelbagai cabaran macam morning sickness dan sakit belakang, ye lah ni yang keempat.
“Tinggal satu bulan je lagi untuk saya melahirkan bayi lelaki Insya-Allah dan suami pun cakap ini yang last ye, tutup kedai dah lepas ni. Doakan semuanya dipermudahkan dan selamat,” ujar Vivy kepada Gempak.
Vivy ditemui pada majlis pelancaran butik perdana jenama dUck di Bangsar Village, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Tambah personaliti TV ini lagi, penubuhan butik dua tingkat yang bukan sahaja menjual tudung malah turut menempatkan salon dan kafe ini sudah menjadi impiannya sejak beberapa tahun yang lalu.
“Semuanya bermula dengan berangan, memang saya mengimpikan untuk memiliki sebuah butik di Bangsar Village. Tapi saya perlu menunggu beberapa tahun untuk mendapat lokasi idaman ini sudah la saya jenis tak penyabar orangnya, alhamdulillah semuanya berbaloi.
“Macam-macam perasaan dalam hati sekarang, excited, lega dan bersyukur sangat perancangannya mengambil masa yang agak panjang.
“Berdepan cabaran lockdown PKP, ada banyak yang tertangguh, banyak meeting melalui online tapi alhamdulillah hari ini (Khamis) finally butik perdama kami dilancarkan,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Vivy mendirikan rumah tangga bersama Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada tahun 2012.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

gempak
04/08/2024
08:55 MYT
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.
Viral

7 Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan Di Terengganu - "Penduduk Mengadu Mereka Sering Berkumpul Di Beranda Rumah"

gempak
28/07/2024
12:00 MYT
Gara-gara berpakaian seperti wanita termasuk berbaju kurung dan bertudung, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sebuah flat di bandar raya ini baru-baru ini.
Hiburan

Shima Sudah Tiga Tahun Tidak Bertudung, Ikut Nasihat Doktor - "Saya Bukan Saja-Saja"

gempak
16/07/2024
07:14 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagi Teringin, Shima mendedahkan dirinya sudah tiga tahun tidak berhijab.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.