,
Hiburan

Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?

Umirah Halim
24/04/2024
14:37 MYT
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.

Perbualan mesra Aliff Aziz dan NRF

Menerusi Instastory Sarah, dapat dilihat perbualan antara NRF dan Aliff Aziz itu sejak bulan Mac lalu dan kelihatan mereka sangat mesra dengan panggilan ‘baby’, ‘sayang’, ‘love’ serta ucapan romantis seperti ‘I love you’.

Bayar kos peguam

Menerusi salah satu perkongsian, Sarah juga mendakwa teman lelaki NRF yang membayar semua kos peguam untuk suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah. “Suka sangat nak manipulate dia sampai dia pun degil nak ikut dengar kata sebab kau yang bayarkan lawyer dan semua benda lol jap, was it you or your BOYFRIEND that paid for everything untuk dia because your boyfriend doesn't know about you two either? hmmm i wonder,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Petik nama Emma & Chacha

Sementara itu, menerusi perbualan NRF itu juga, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga dipetik mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja mempercayai kisah penyanyi dah pelakon itu.
Terdahulu, pendedahan seorang wanita dipercayai ‘kekasih gelap’ Aliff Aziz bernama Sarah Yasmine yang meluahkan rasa kecewa kerana didakwa telah dicurangi Aliff Aziz menggemparkan orang ramai baru-baru ini.
Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa tujuan sebanar dia membuat pendedahan tersebut adalah kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca oleh netizen keseorangan.
Bella bagaimanapun ketika ditemui baru-baru ini memaklumkan sudah pernah berjumpa Sarah Yasmine yang merupakan salah seorang 11 individu yang Aliff Aziz curangi.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak Aliff Aziz mahupun Ruhainies.

Berita Trending: Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku…

Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”

gempak
10/09/2024
23:55 MYT
Syukur tidak timbul sebarang masalah ketika bergandingan dengan pelakon Ezaidi Aziz dan Eyka Farhana dalam sebuah drama siri, pelakon Bella Astillah berkata dia sentiasa meletakkan batasan ketika menjalani penggambaran.