,
Laman Utama

Sandal Terpakai Steve Jobs Dibeli Dengan Harga RM919,000

Maliah Surip
15/11/2022
14:55 MYT
Seorang pembida menjadi pemilik sandal pengasas jenama Apple, Steve Jobs dengan harga yang cukup mahal.
Sandal warna coklat jenama Birkenstock tersebut dibeli dengan harga mencecah $200,000 atau sekitar RM918, 602 dalam sebuah acara lelongan yang diadakan baru baru ini.
Acara yang dikenali sebagai Julien's Auctions' "Icons and Idols: Rock 'n' Roll" itu dipercayai melelong barangan seperti baju, instrumen dan perhiasan dari pemuzik sehingga ikon dunia termasuk Elvis Presley, Kurt Cobain dan John Lennon.
Pembelian tersebut menjadikan ia sebagai harga termahal yang pernah dibayar untuk sepasang sandal terpakai, dakwa organisasi lelongan, lapor CNN.
Organisasi dari California itu melabelkan sandal milik Jobs sebagai sudah dipakai namun masih memiliki nilai tinggi. Ia merupakan sandal dibeli dan digunakan Jobs sekitar tahun 70 sehingga 80-an.
Jobs meninggal dunia pada 2011 akibat kanser.
Pada Oktober tahun lalu, sepasang kasut Nike Air Ships milik legenda bola keranjang, Michael Jordan telah terjual dengan harga RM6.7 juta menjadikan ia sebagai sebuah rekod penjualan tertinggi kasut sukan atau sneaker dalam satu lelongan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar