,
Laman Utama

Salman Khan Jalani Penggambaran Di Rusia, Tapi Tak Pakai Pelitup Muka Walaupun...

Gempak
26/08/2021
14:10 MYT
Filem Bollywood, Tiger 3 telah memulakan penggambaran baru-baru ini.
Lebih menarik, penggambaran filem yang dibintangi aktor terkenal Salman Khan itu dijalankan di lokasi bersejarah, Bandar St Petersburg, Rusia.
Filem produksi Aditya Chopra itu turut menampilkan Katrina Kaif yang sama-sama berangkat ke Rusia pada 18 Ogos lalu.
Sejak beberapa hari ini, banyak foto sekitar lokasi penggambaran dan peminat bersama Salman dimuat naik wargamaya di internet.
Antara yang jelas kelihatan, pelakon dan beberapa kru tidak memakai pelitup muka di lokasi penggambaran meskipun pihak produksi memaklumkan mereka akan mengikut SOP bagi mengekang wabak COVID-19.
Salman juga kelihatan memakai janggut palsu warna coklat muda yang dipercayai sesuai dengan karakternya dalam filem berkenaan.
Menerusi carian Gempak, Salman dikatakan memegang watak sebagai ejen yang melakukan penyamaran dan siasatan.
Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini!
Sumber: tabloidbintang.com Kredit Foto: Instagram Tadka Bollywood (@tadka_bollywood_)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Viral

Influencer Dikecam Bawa Kekasih Berjalan Atas Duit

gempak
01/07/2024
04:55 MYT
Golongan kaya melakukan banyak 'perbuatan gila' bagi menunjukkan kemewahan melampau mereka di platform media sosial dan sebagainya.
Berita

Dendam Masih Membara, Gangster Tembak Rumah Salman Khan

gempak
16/04/2024
14:55 MYT
Kediaman pesohor Bollywood, Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April lalu.
Viral

Berang Rambut Salah Potong, Lelaki Cukur Kepala Tukang Potong Rambut

gempak
14/02/2024
13:19 MYT
Seorang pemotong rambut mengalami nasib malang selepas pelanggan bertindak mencukur sedikit rambutnya kerana tidak memenuhi permintaan fesyen yang diinginkan.
Laman Utama

Penyanyi Wanita Terbunuh Sewaktu Hiburkan Tentera Rusia

gempak
26/11/2023
12:40 MYT
Polina Menshikh dilaporkan terbunuh sewaktu menghiburkan para tentera di bandar Kumachove, Donetsk Oblast pada 19 November lalu.