gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas 15 Tahun, Deep Purple Pilih KL Untuk Konsert Deep Purple Live in Malaysia
HIBURAN
Astro Kembali Program The Chosen One XTRA & Drama Jutawan Ekspres
FILEM
7 Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Islamik Thailand, Isan Nikah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Salman Farish Mohon Maaf - "Niat Saya Bukan Untuk Memalukan, Tapi Timbulkan Kesedaran"

Amri Hassan
Amri Hassan
15/07/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Salman Farish Mohon Maaf - "Niat Saya Bukan Untuk Memalukan, Tapi Timbulkan Kesedaran"
Penunggang basikal yang terlibat dalam insiden tular melibatkan bas dan sekumpulan penunggang di jalan raya baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pengguna jalan raya.
Menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial, Salman Farish menjelaskan bahawa tindakannya memuat naik video tersebut bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa, sebaliknya hanya ingin menunjukkan cabaran keselamatan yang sering dihadapi oleh penunggang basikal di jalan tertentu.
"Niat saya tidak pernah untuk memalukan atau menyasarkan sesiapa, tetapi untuk mengetengahkan cabaran keselamatan yang dihadapi penunggang basikal di sesetengah jalan.
"Saya sedar kini ada cara lain yang lebih baik dan membina untuk menyebarkan kesedaran, cara yang menyatukan dan bukan memecahbelahkan," tulisnya.
Menurutnya lagi, insiden berkenaan seharusnya menjadi titik tolak untuk semua pihak agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain, tidak kira sama ada seseorang itu menunggang basikal, memandu kenderaan atau hanya berkongsi jalan yang sama.
“Mari kita bersama-sama menuju ke arah jalan raya yang lebih selamat, komunikasi yang lebih jelas dan empati yang lebih mendalam antara satu sama lain," tambah Salman.
Salman turut mengakui bahawa aktiviti berkumpulan seperti berbasikal secara berpasangan boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya lain dan dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu.
Dia juga kesal kerana tidak menunjukkan toleransi dan kesedaran yang lebih baik ketika kejadian berlaku.
Dalam perkembangan sama, Salman bersama beberapa penunggang lain telah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menyiasat insiden tersebut dan mengakui kesilapan mereka.
"Kami telah mengaku kesilapan dan akan mengambil perkara ini sebagai satu pengajaran serius untuk masa hadapan.
"Saya tidak mengharapkan apa-apa selain agar kita semua dapat menunggang dengan harmoni, penuh disiplin, mematuhi undang-undang dan saling menghormati. Jadikan ini pengajaran untuk kita berkembang, bukan konflik yang kita bawa bersama," akhirinya.
Setakat kenyataan ini dikeluarkan, belum ada kenyataan balas daripada pihak pemandu bas yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Viral
#PDRM
#Bas
#maaf
#Basikal
#Insiden
#Salman Farish
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement