,
Berita

Saleem Iklim Tiada Lagi

Elrafaei Sapi
14/10/2018
01:26 MYT
Penyanyi terkenal, Saleem meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi.
Arwah berada dalam kritikal sejak semalam selepas 22 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, PPUKM kerana kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.
Anak bongsu arwah iaitu Muhammad Amirul Mukmin menyatakan bapanya mengalami otak bengkak akibat hentakan kuat ketika kemalangan yang menyebabkan sukar bernafas.
Kemalangan jalan raya itu juga menyebabkan Saleem yang popular bersama kumpulan Iklim koma selama hampir dua minggu.
Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Majeed bagaimanapun berada dalam keadaan lemah apabila sedar selepas itu.
Doktor menghubungi keluarganya jam 5.30 pagi tadi selepas keadaan penyanyi berusia 57 tahun itu semakin kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi.
Arwah akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Sumber: Berita Harian
Foto: IG @aku_saleem
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Berjaya Beri Impak, Tok Ram - “Saya Bayangkan Arwah Saleem Menyanyi”

gempak
24/10/2023
02:55 MYT
Naqiu berjaya pukau juri.
Laman Utama

Komposer Lagu ‘Suci Dalam Debu’ Meninggal Dunia

gempak
13/10/2022
04:30 MYT
Komposer Iklim, wan Zul meninggal dunia
Hiburan

"Kami Tidak Ketepikan Dia..." - Penganjur Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi Tribute Allahyarham Saleem Jemput Syafiq Farhain

gempak
19/09/2019
14:27 MYT
Hiburan

Anjur Konsert Istimewa Kenang Arwah, Shima & Zaiton Sameon Bakal Nyanyikan Lagu Saleem

gempak
17/09/2019
07:01 MYT
Hiburan

"Mungkin Terlalu Rindu, Sebab Itu Mereka Minta Saya Nyanyi Lagu Arwah" - Shafiq Farhain

gempak
22/04/2019
11:10 MYT