,
Berita

Rossa Mengaku Pernah Depresi Gara Gara Kemunculan Penyanyi Baharu

Maliah Surip
03/12/2020
01:40 MYT
Menjadi penyanyi yang sudah diberi gelaran Diva tidak bermakna perjalanan karier yang dilalui Datuk Seri Rossa berjalan mulus.
Sebaliknya, kata penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Hey Ladies ini, beliau juga pernah melalui fasa berasa dirinya sudah tidak diperlukan di dalam industri hiburan Indonesia.
Selain berasa lagu lagunya sudah tidak boleh berkembang, Rossa mengaku kehadiran banyak penyanyi baharu membuatkan kariernya semakin tenggelam. Hal itu kemudian membuat beliau depresi.
Pengakuan itu dibuat Rossa sewaktu menjadi tetamu dalam podcast program yang dihoskan oleh Deddy Corbuzier dan Ivan Gunawan.
"Saya sempat ya berasa itu (depresi). Mungkin waktu itu saya penat. Saya ingat lagi sekitar tahun 2015, saya berasa karya karya kepunyaanku sudah tidak boleh berkembang. Berada di situ sahaja sampai tak tahu apa yang patut dilakukan lagi," akui Rossa dalam pertemuan itu.
Hal itu kemudian memicu kepada krisis kepercayaan diri. Tidak hanya berasa karyanya sudah tidak boleh berkembang, beliau juga sudah tidak diberi perhatian oleh syarikat rakaman.
"Saya juga sempat berasa syarikat rakaman sudah tidak lagi memerlukan saya, diberi layanan kurang. Padahal tak ada apa yang terjadi. Syarikat rakaman melayan saya dengan sangat baik. Hanya perasaan saya pada waktu itu, semuanya jadi terlalu sensitif buat saya," tambah ibu tunggal anak satu itu lagi.
Dan hal lain yang terus membuat dirinya berasa depresi adalah apabila muncul ramai penyanyi baharu, sekaligus menjadi saingan buat dirinya.
"Waktu itu saya berasa sudah melakukan semuanya. Apa lagi yang belum saya keluarkan. Pada waktu yang sama ramai penyanyi baharu yang lebih baik dan bagus daripada saya muncul. Jadi perasaan saya lebih down," tutur Rossa.
Namun segala perasaan down dan depresi berjaya dibuang oleh Rossa yang diketahui akrab dengan penyanyi Afgan itu.
Rossa malah terbang lebih tinggi dan menjadi sangat sukses kerana kerja keras dan perasaan tanpa putus asanya.
Terkini, beliau baru muncul dengan single terbaharu yang diberi judul Masih. Apa yang istimewa, Rossa berjaya menggunakan khidmat aktor terkenal Korea Selatan, Ki Do-hoon sebagai model untuk video muzik lagu tersebut.
Sebelumnya, Rossa juga berjaya memikat hati peminat Korea apabila menyanyikan Hati Yang Kau Sakiti dalam versi Korea yang berjudul Sangcheo Badeun Maeum pertengahan tahun ini.
Instagram: @itsrossa910
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.