,
Laman Utama

Rogol Dalam Perkahwinan, Iddah, Rujuk & Zina, 'Nusyuz Berkiblat Cinta' Kupas Topik-Topik Panas! Ini Jawapannya ...

Amri Hassan
22/04/2022
11:31 MYT
Drama tak hanya sekadar hiburan bahkan menjadi wadah untuk berkongsi ilmu tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.
Sama juga dengan drama terbaharu Nusyuz Berkiblat Cinta yang menjadi topik bualan ramai ketika ini.
Drama lakonan Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Shaza Bae dan Nadhir Nasar itu mengupas banyak persoalan tentang hubungan rumah tangga dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat sehari-hari.
Berikut Gempak kongsikan antara isu, persoalan dan jawapan yang melatari perjalanan drama Nusyuz Berkiblat Cinta.
1. Persoalan ‘istilah rogol dalam perkahwinan’ Rujukan: NBC episod 4 Jawapan: Wujud tapi bukan di sini. Di sini pengecualian takkan dimansuhkan.
2. Persoalan ‘selepas berkahwin, seorang isteri tidak boleh menafikan kerelaan untuk mengadakan hubungan intim dengan suami. Kerana setelah perkahwinan disahkan wanita itu terikat kepada suami yang dikahwininya termasuk hal seksual'. Rujukan: NBC episod 4 Jawapan: Kita ada 375 A untuk suami yang aniaya isteri dia.
3. Persoalan pernah dengar 'suami rogol isteri sendiri’ Rujukan: NBC episod 4 Jawapan: Bab rogol dan rumahtangga masih tak dapat dibuktikan. Sebagai seorang suami, dia berhak dapat layanan dari seorang isteri.
4. Persoalan 'kita masih dalam iddah. Saya memang ada niat nak rujuk dengan awak. Maksudnya kita tak berzina' Rujukan: NBC episod 4 Jawapan: Rujuk ketika iddah perlu dilakukan mengikut cara yang betul. Di Malaysia yang mengikut mazhab syafie, seorang suami perlu menyebut lafaz rujuk sebelum boleh bersama semula dengan isteri. Rujuk tak sah tanpa lafaz.
5. Persoalan 'hakikatnya kau dah ceraikan dia, walaupun dalam iddah, kau tak lafaz, kau terus serang (rogol) Safi (isteri)' Rujukan: NBC episod 4 Jawapan: Mazhab syafie memerlukan suami melafaz lisan untuk rujuk dengan bekas isteri ketika iddah. Mazhab Hanafi boleh terus rujuk dengan perbuatan tanpa perlu lafaz. Tapi di Malaysia kita ikuti mazhab Syafie.
Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ merupakan arahan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

gempak
08/10/2024
07:30 MYT
Umum mengetahui pelakon jelita Emma Maembong memaklumkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik, semalam.
Hiburan

“Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

gempak
07/10/2024
23:41 MYT
Pelakon, Emma Maembong memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.
Hiburan

Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

gempak
07/10/2024
12:19 MYT
“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah," kata pelakon jelita, Emma Maembong yang mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.
Hiburan

Isteri Pemain Bola Tuntut Separuh Kekayaan Bernilai Puluhan Juta Untuk ‘Rujuk’

gempak
01/10/2024
11:55 MYT
Isteri bintang bola sepak Klye Walker, Annie Kilner dilaporkan memberi syarat kepada lelaki tersebut jika ingin berbaik dan ‘rujuk’ semula selepas perkahwinan mereka dilanda badai.
Hiburan

"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

gempak
24/09/2024
18:50 MYT
Pelakon jelita, Emma Maembong berkongsi mengenai keadaan anaknya yang mengalami alahan terhadap kucing.
Unitar