Laman Utama
RM100,000 Kena Kebas, Duit Zynakal Tinggal RM19.15 Dalam Bank! - "Pastu Nak Makan Apa? T*ik Kau?"
Penyanyi rap Zynakal berang apabila wang miliknya berjumlah RM122,100.84 hilang dari akaun, dipercayai telah diambil oleh individu yang dikenalinya.
"Lama sangat aku diam tapi bagi muka kena pijak. Kalau kau rembat RM10 aku boleh jer halalkan, ni segala duit aku hilang.
"Nak aku bagitahu siapa yang rembat duit aku?" kongsi Zynakal di Instagramnya.
Difahamkan kesemua wang tersebut adalah hasil pendapatan Zynakal sebagai penyanyi dan komposer.
Tambah menyakitkan hati apabila individu berkenaan cuma meninggalkan baki wang sebanyak RM19.15 dalam akaun banknya itu.
"Pastu ni nak aku makan apa? T*ik kau?" bentak Zynakal.
Selain itu, wang royaltinya berjumlah RM12,516.55 yang diperoleh dari Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) untuk tahun 2020 turut lesap.
Dalam kemaskini Instagram Stories, Zynakal turut berkongsi tangkap layar informasi pembayaran yang telah tamat tempoh pada 15 Oktover lalu.
"Kau yang buat kontrak pastu kau yang sidai. Dah 2022," tulisnya.
Must-Watch Video