,
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

Asyikin Mayudin
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bukan Satu Lakonan

Rita menerusi Instastory beranggapan berada dalam tahanan bukanlah sesuatu pengalaman yang perlu dikongsikan pada umum seperti mana ia satu lakonan.

“Macam mana ya nak cakap... jangan jadikan benda tu normal kena gari. Kalau sis dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, sis boleh cakap ia adalah 'satu pengalaman' untuk sis rasa.

“Tak payahlah ulas… nanti ada yang tak boleh berpikir dan anggap benda kena gari‚ kena tangkap ni seronok nak cuba sebagai 'pengalaman’,” tulis Rita.

Guna Agama Tutup Kesalahan

Pada perkongsian yang lain pula, Rita juga mengulas mengenai tindakan seseorang yang menggunakan agama sebagai cara untuk menutup kesalahan yang sudah dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”

ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

“Kadang-kadang nak cover malu dan nak cover salah… mulalah nak explain panjang-panjang. Contoh, yang tiba-tiba teringat nak buat doa selamat. Tiba-tiba teringat nak berbakti kat anak yatim.
“Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni. Mungkin? Mulalah 'menunggang' apa saja yang boleh ditunggang... hati meronta-ronta nak buat live nak posting quote suci dan macam-macam. Benda tu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri.
“Dik… memang susah kita nak puaskan hati orang dan tak perlu pun. jadi, lebih baik diam supaya tak ada timbul isu baru yang boleh buat orang marah, annoying, salah faham or apa-apa ajalah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rita berharap tiada isu atau kes genarasi muda mencuri duit masjid hanya disebabkan mahu pengalaman digari.
“Jangan pula Iepas ni dengar, ada adik-adik saja-saja pergi curi duit masjid sebab nak rasa kena gari… pengalaman katanya. Pungah! Hati-hati bila berkata-kata… tak semua orang pandai hadam,” katanya.
Terdahulu, Alif dan isterinya, Aisyah berkongsi mengenai pengalaman mereka berada dalam tahanan reman SPRM menerusi siaran langsung (live) di TikTok baru-baru ini.
Sebelum ini, media melaporkan melaporkan SPRM menahan empat suspek termasuk pasangan berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Bagaimanapun, kesemua suspek yang ditahan reman dibebaskan 16 Julali lalu selepas tempoh tahanan reman berakhir.
Menurut sumber, empat suspek itu diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

gempak
19/09/2024
11:53 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.