,
Laman Utama

Review: Ada Yang Repeat Lebih 5 Kali? Godzilla vs Kong Wajib Ditonton Ketika Raya!

Hanafis Haris
12/05/2021
05:11 MYT

Sambutan raya kali ini mungkin tidak semeriah sebelumnya, namun itu tidak bermakna kita harus bersedih.

Jika anda tertanya apa yang boleh dilakukan ketika raya, pastinya senarai filem blockbuster yang menarik mampu menghilang kebosanan.

Antara yang rancak ditayangkan sekarang adalah Godzilla vs Kong.

Namun jika anda tertanya-tanya apa yang menarik tentang filem tersebut, mungkin sedikit ulasan tentang filem ini dapat membantu.

#1 Sejarah Lampau Kong & Godzilla

Jangan bimbang sekiranya anda tidak menonton filem terdahulu kerana jalan ceritanya tidaklah begitu kompleks.

Mungkin hanya beberapa babak yang akan membuatkan anda tertanya siapakah watak ini.

Namun itu bukan satu masalah kerana tumpuan perlu diberi kepada Kong mahupun Godzilla.

Menerusi filem ini anda akan dibawa ke satu dunia berbeza bagi melihat sendiri sejarah makhluk gergasi ini.

Mengapa mereka disatukan dalam filem ini, apakah kaitan Godzilla dan Kong semuanya dihuraikan dengan cukup menarik!

#2 Godzilla Mengganas, Dah Kenapa?

Jika anda sudah menonton trailer filem ini, pasti tertanya-tanya mengapa Godzilla menyerang manusia.

Bukankah Godzilla sebelum melindungi manusia? Apa sudah terjadi pada makhluk ini?

Spoiler alert, Godzilla tidak sukakan persaingan!

Plot filem ini disusun dengan baik dan tidak membuatkan penonton terpinga-pinga.

#3 Penuh Aksi Yang Unpredictable!

Yup, sepanjang menonton filem ini memang susah untuk kita jangkakan apa yang bakal berlaku kerana ia penuh dengan kejutan.

Pengarah bijak ‘menjamu’ penonton dengan pelbagai aksi luar biasa yang tidak pernah ditampilkan dalam filem Godzilla mahupun Kong sebelum ini.

Aksi untuk filem ini memang A terutama babak ketika memasuki dunia Kong serta pertarungan akhir!

#4 Finally, Kita Dapat Saksikan Kong Bertarung Dengan Godzilla

Impian peminat untuk menyaksikan dua ‘titans’ ini bertarung akhirnya tercapai.

Pertarungan dua raksasa ini boleh dikatakan paling epik pernah dihasilkan setakat ini.

Bayangkan kedua-duanya saling tercabar untuk membuktikan siapa paling layak berada di atas.

Filem ini sangat berbaloi ditonton!

#5 Rating Tinggi!

Filem ini bukan sekadar cakap kosong atau bersandarkan efek CGI semata-mata.

Godzilla vs Kong boleh disifatkan sebagai filem yang agak sempurna kerana menggabungkan pelbagai elemen.

Rating untuk filem ini juga tinggi baik daripada penonton mahupun pengkritik filem.

Apapun filem ini sesuai ditonton ketika hari raya dan jangan tak tahu ada yang mengatakan mereka sudah menonton filem ini lebih lima kali!

Rating Gempak 8/10

Filem Godzilla vs Kong sudah pun mula ditayangkan secara eksklusif di Astro Best.

Sewa sekarang dan saksikan dengan segera menerusi Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store.

Sambungkan PVR Box atau Ultra Box anda ke Wi-Fi & strim Godzilla vs Kong dalam keselesaan rumah anda.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Astro GO untuk strim pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut di content.astro.com.my.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.