,
Gaya Hidup

"Rasa Sakit Hati, Orang Tak Hormat Kedudukan Tanjak Atas Kepala" - Farel Mikhail.

Amri Hassan
11/07/2024
13:45 MYT
Pereka fesyen Farel Mikhail menyelar tindakan segelintir individu yang mempermainkan dan melacurkan budaya, tradisi dan warisan kebangsaan dengan cara yang tidak sepatutnya.
Jelas Farel, pakaian tradisional dan aksesori seperti tanjak yang sepatutnya dipakai di kepala tidak seharusnya 'disensasikan' atas dasar kreativiti berfesyen sehingga menampakkan ia dalam persepsi yang kurang menyenangkan pandangan mata.
Setiap rakyat Malaysia kata Farel seharusnya menyemai sikap bertanggungjawab dan mencintai warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang agar tidak dipandang rendah.
"Kita rasa sakit hati (apabila melihat pakaian tradisional 'dilacurkan'), fahamlah konsepnya berinspirasi tapi janganlah lacurkan budaya. Ibaratnya jual fesyen dengan seksi-seksi, nak glamor dan publisiti.
"Tiada salahnya nak seksikan baju lain, tapi hormatlah kedudukan tanjak yang sepatutnya di atas kepala. Maksud tanjak itu sendiri pun 'tanah yang dipijak'.
"Ada banyak cara lain yang lebih kreatif, jangan perlekehkan hal-hal sebegini. Saya pun mendapat respons daripada NGO, mereka nak bersuara tapi tiada salurannya, suara tak sampai. Kami cuba membantu, supaya kita sama-sama hormat dan tak mempermainkan warisan kita," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Siap Pakai Tanjak! Influencer Pun Terhibur Dengan Video Pak Pandit Komen Fasal Bola - “Geram Aku Tengok, Boleh Pula Dia Kata…”

BERITA TRENDING: "Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau

BERITA TRENDING: Terbaik! Jurukamera Awani Rupanya Cipta Tanjak Kontinjen Malaysia Di Temasya Olimpik 2020

BERITA TRENDING: “Saya Amat Malu Dengan Perbuatan Saya”– Isu Campak Tanjak Ke Lantai, Nabil Ahmad Mohon Maaf

Farel ditemui pada sidang media pelancaran Festival Precious of Malaysia, Empowring Malaysia Culture, Fashion & Heritage di Menara Affin baru-baru ini.
Demi melihat budaya memakai tanjak terus dikekalkan generasi pelapis dalam masyarakat hari ini, program Precious Of Malaysia turut menganjurkan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos depan.
"Jika dilihat sebelum ini, ada saja pihak lain yang membawa kempen memakai tanjak. Misalnya kempen memakai tanjak yang digerakkan oleh sekumpulan individu yang mewarnai Hari Malaysia pada 16 September beberapa tahun lepas.
"Kempen yang dinamakan 'Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak' itu sebelum ini pernah tular dalam media sosial.
"Jadi, penganjuran Hari Tanjak Malaysia yang saya bawakan ini pula akan memeriahkan lagi suasana bulan kemerdekaan.
"Untuk itu, saya mensasarkan 1,000 orang dari pelbagai bangsa untuk hadir memakai tanjak pada hari tersebut.
"Bersama-sama kita meneruskan warisan budaya kita di samping mengukuhkan tali silaturrahim dan semangat perpaduan berbilang kaum dalam negara.
"Bagi saya, pemakaian tanjak yang merupakan budaya Melayu itu sebenarnya budaya Malaysia juga," tambahnya.
Dalam masa yang sama, Precious Of Malaysia juga turut menganjurkan pertandingan rekaan fesyen sempena International Cultural Fashion Week (ICFW) yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Ogos ini di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Kelainan untuk tahun ini pihaknya menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia, Filipina, Thailand dan India.
"Untuk Malaysia, kami nak ketengahkan elemen Malaysia seperti songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dari negara serantau,” tambahnya.
Pertandingan ini melibatkan melibatkan 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar