Gelaran Nombor Satu Dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Hilang
Walaupun berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, namun ia tidak mampu mengekalkan status selaku beregu nombor satu dunia buat gandingan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Menurut kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juara Terbuka India itu telah jatuh ke kedudukan ketiga dunia, sekali gus status unggul tersebut hanya bertahan selama lapan minggu sejak Mei lalu.
Wakil negara itu juga tidak berhasil mengekalkan kejuaraan di Tokyo seperti pencapaian musim lalu selepas tunduk kepada beregu lelaki Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, yang menyaksikan mereka tewas menerusi aksi straight set, 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit perlawanan, pada Ahad.
Untuk rekod, pembentukan gandingan Korea Selatan itu bermula dari Januari dan memerlukan tujuh bulan untuk berada di tertinggi dunia.
Terbuka Malaysia, Terbuka Jerman, Seluruh England dan Terbuka Indonesia menjadi antara kejuaraan yang dimiliki gandingan tersebut pada musim ini.
Sejak 2016, ini adalah kali pertama Korea Selatan mengungguli tempat pertama selepas Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.
🏅 BWF World Ranking🏸 Men’s Doubles🗓 22 July 2025Kim/Seo 🇰🇷 becomes the new World #1 after #JapanOpen2025.Huang/Liu 🇨🇳 leaps 5 spots to #17.Two Japanese 🇯🇵 and two Indian 🇮🇳 pairs achieve new career highs in the top 35. #Badminton pic.twitter.com/xYtLYm3oYe— Statminton (@Statminton) July 20, 2025