HIBURAN
Pablo Amirul Akui Dr Hana Banyak Ubah Hidup Jadi Lebih Positif - “Diri Ini Sedar Banyak Kekurangan…”
Pelakon, Pablo Amirul meluahkan rasa syukur dengan kehadiran seorang wanita istimewa dalam hidupnya, iaitu Dr Hana Rose.
Perubahan positif
Menerusi perkongsian di platform Threads, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, mengakui bahawa Dr Hana telah membawa banyak perubahan positif dalam dirinya sejak mereka mula mengenali satu sama lain.“Setiap pengalaman berbeza, yang pasti mematangkan dari yang sebelumnya,” coretnya.“Berkongsi kenangan yang perlu sahaja untuk perkongsian di sini. Mengenali insan istimewa ini banyak mengubah kehidupan sebelum ini.
Akui diri banyak kekurangan
Menerusi hantaran yang sama, Pablo juga mengakui dirinya masih mempunyai banyak kekurangan, namun bersyukur memiliki pasangan yang memahami dan sentiasa menyokongnya.“Diri ini sedar banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Hanya mampu ucap syukur dan menghargai setiap hari,” kongsinya.
Terdahulu, Pablo pernah mendedahkan hubungan cintanya bersama Dr Hana telah mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak dan kini mereka sedang merancang untuk membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius.
Must-Watch Video