,
Laman Utama

Rasa Burn Out & Stress Melampau? Ikuti 9 Tips Mudah Ini

Izwan Isa
22/10/2023
11:20 MYT

Tidak dinafikan kadang-kadang apabila bekerja seharian ditambah pula dengan menguruskan hal rumah tangga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu penat.

Lebih-lebih buat pasangan yang sudah memiliki anak, ada waktunya agaj sukar bagi mereka untuk membahagiakan masa antara kerja, anak-anak dan juga me time.

Busy-busy juga tetapi perlu tahu ya, mental dan emosi juga perlu dijaga jadi mungkin sedikit sebanyak perkongsian individu bernama Pn Mimi di akaun Facebook ini sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan. Perkongsian ini juga telah dikongsi kembali oleh majalah Pa&Ma baru-baru ini.

Menurut Pn Mimi, antara salah satu dari 9 tips mahu membuatkan mental dan jiwa tenang sepanjang hari adalah dengan bangun dan mandi sebelum subuh.

Di bawah merupakan tips mudah untuk membiasakan diri bangun subuh:

#Azam Mulakan azam betul-betul, tulis pada kertas dan tampal dekat cermin yang selalu kita tengok. Sambil bersiap kita azam malam ni kita mula.

Sentiasa azam bila tengok yang kita tampal tu. Kita azam buat kerana Allah, maknanya Allah masih dekat dengan kita. Alhamdulillah….

#Mandi Sebelum Subuh Dengan niat Allah ringankan seluruh anggota kita dan doa kita ikhlas buat amal, baru kita tak merungut. Hati pun senang. Mandi dan berwangian, mulakan hari dengan segar.

#Siapkan Plan/Susun Kerja Seharian Sebelum Subuh Siapkan jadual kita seharian, jadual realistik yang kita boleh ikut. Wajib masukkan waktu rehat kita walaupun setengah jam. Waktu terbaik setengah jam sebelum zohor.

#Selepas Subuh Jangan Tidur Ini cara untuk panjangkan hari kita. Tidur satu jam, rugi satu jam. Dalam satu jam, mak-mak dah boleh siap masak, siapa basuh kain, siap kemas dapur. Tertinggal satu jam, kelam kabut seharian.

#Kurangkan Media Sosial Untuk perkara yang sia-dia. Scroll ig sejam tak terasa. Masa sejam yang berkualiti bersama anak, sangat cukup untuk simpan memori best dalam bank memori anak. Jadi unfollow perkara yang sia-sia.

#Fokus Perbaiki Diri Duduk rumah, dan fokus untuk perbaiki diri. Lihat kita yang lepas, lihat salah kita. Belajar ubah, setiap hari tulis perkara yang dah berjaya ubah dan apa yang nak kita ubah lagi.

Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh, tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka dan buang dengan rasa syukur, walaupun mandi jer pun.

#Sedekah Setiap Pagi Sedekah setiap hari untuk hadirkan rasa syukur dengan nikmat yang kita dapat, cara syukur dengan memberi.

Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, kongsi resipi memasak. Apa-apa perkara yang ada kebaikan dan manfaat untuk orang lain.

#Senyum Senyum pada semua. senyum pada diri sendiri, senyum dengan hati. Masa anak buat hal, terus senyum dan istifar. Pasti hati kita best .

#Bersenam Orang yang biasa bersenam akan tau perbezaannya, bersenam sangat membantu kecerdasan kita.

Cuba dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat dan istiqarah.

#Berkata Baik Atau Diam Kalau kita rasa perkara yang kita nak cakap itu akan buatkan hati orang sakit, cuba tahan. Sebab akibatnya bukan hati orang sahaja sakit, kita juga akan sakit. Tak boleh berkata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata.

BACA: Stres Dimarahi Bos, Lelaki Ini Ubah Usia 39 Jadi 28 Tahun​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Meninggal Dunia Kejar KPI, Ini Solusi Atasi Masalah Burnout Di Tempat Kerja!

gempak
23/11/2023
07:00 MYT
Cara atasi burnout
Laman Utama

Shila Amzah Burnout! - "Saya Tak Tahu Macam Mana Nak Perbetulkan Keadaan"

gempak
02/11/2023
06:55 MYT
Semoga yang terbaik untuk Shila
gaya hidup

Ibu Yang Alami BURNOUT Perlu Dibantu. Jaga Diri Sendiri Dulu, Baru Kalian Ada Upaya Nak Jaga Keluarga

gempak
23/11/2021
10:08 MYT
Kita tidak perlu berkorban umpama lilin sehingga membakar diri. Istilah itu tak boleh dipakai kerana jika sudah habis dibakar, siapa pula yang nak menerangi suami dan anak-anak? Maka, jaga diri sendiri baik-baik dulu supaya ibu mampu menjaga yang lain.
Laman Utama

Makin Parah, 60 Peratus Doktor & Jururawat Alami Gejala Burnout?

gempak
11/07/2021
01:00 MYT
Sedih bila jadi macam ni
Laman Utama

“The Burnout Is Real” - Perlukan Masa Bersama Keluarga & Diri Sendiri, Faizal Tahir Mahu Berehat Panjang

gempak
19/04/2021
12:16 MYT
Selamat berehat.
Unitar