,
Laman Utama

"Rasa Bagai Mimpi!" - Trio Husadee Tak Gentar Keluarkan Album Sulung, Teruja Bekerjasama Dengan Julfekar

Amri Hassan
14/01/2022
05:55 MYT
Trio baharu yang menggelarkan diri mereka Husadee teruja menjalin kerjasama dengan komposer prolifik, Julfekar untuk album pertama mereka yang berjudul Tanpa Alasan.
Dianggotai oleh tiga jejaka kelahiran Sabah bernama Hud, Sam dan Dee, album Tanpa Alasan memuatkan 10 buah lagu.
"Alhamdulillah, kami dapat bekerjasama dengan Julfekar untuk penerbitan album sulung. Julfekar yang datang dengan idea untuk menggabungkan kami sebagai trio, jadi terlahirlah Husadee. Secara peribadi, saya sendiri merupakan peminat karya Julfekar dan isterinya, penyanyi Min Yasmin.
"Apabila dapat peluang ini, saya rasakan bagai mimpi, seperti bulan jatuh ke riba. Saya berharap album Tanpa Alasan menjadi langkah permulaan kerjaya kami dalam industri nyanyian," kata Hud memulakan bicara.
Tambah Sam, album Tanpa Alasan memuatkan sebuah lagu trio nyanyian mereka dan setiap vokalis menyanyikan tiga buah lagu secara solo.
"Kami bertiga bergabung suara dalam sebuah lagu berjudul Kerana Aku Selalu Rindu. Baki sembilan buah lagu lagi kami nyanyikan secara solo, seorang menyanyikan tiga buah lagu.
"Apa yang istimewanya ialah selain lagu berbahasa Melayu, kami merakamkan lagu bahasa lain. Hud merakamkan lagu berbasaha Bajau, Dee merakamkan lagu berbahasa Suluk dan saya pula merakamkan lagu berbahasa Tagalog," kata Sam pula.
Husadee berharap kehadiran mereka dalam industri nyanyian dapat memberikan sesuatu yang positif untuk peminat.
"Konsep trio jarang ditampilkan dalam industri muzik Malaysia, jadi kami berharap kehadiran kami dapat memberikan impak positif terhadap penggemar muzik.
"Semoga dengan kehadiran album terbitan Julfekar Music ini dapat memeriahkan lagi industry nyanyian yang dua tahun agak sepi akibat wabak COVID-19, Insya-Allah," kata Dee pula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.