gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”
HIBURAN
Sedar Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Inspirasi - “Memang Terlalu Jauh Sebenarnya…”
HIBURAN
“Bujang Sampai Tua Pun Tak Apa” – Fatiya Latiff
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Ismanira Nafi Sempat Tukar Baju Semasa Zayn Rayyan Baru Hilang

Gempak
Gempak
23/07/2025
09:22 MYT
Sponsor Banner
Ismanira Nafi Sempat Tukar Baju Semasa Zayn Rayyan Baru Hilang
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menyangkal dakwaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Rabu, bahawa dia sempat menukar pakaian di rumah, dalam keadaan anaknya baru sahaja hilang, pada 5 Disember 2023 lalu.
Ismanira Abdul Manaf berkata demikian ketika perbicaraan bela diri hari ketiga, atas satu kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan, 6, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, wanita berusia 30 tahun itu juga menafikan, dia mengambil masa untuk naik ke tingkat dua rumahnya, semata-mata mahu meletakkan beg sekolah dan plastik makanan sahaja.
Sebaliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, tindakannya naik ke Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai ialah bagi memastikan sama ada Zayn Rayyan telah pulang sendirian.
“Setiba di depan rumah, saya dapati Zayn Rayyan tiada, jadi saya buka pintu dan letakkan barang-barang yang dibeli termasuk beg sekolah anak saya itu.
“Kemudian saya keluar semula mencari di bawah, kerana masa naikpun tidak lama, hanya untuk meletakkan barang mungkin kurang lima minit, selepas itu terus bergegas mencarinya di setiap tingkat pangsapuri,” katanya.
Pendakwaan: Semalam puan kata anak diculik, dalam keadaan risau itu, puan masih sempat naik atas dan ambil masa letak barang, setuju dengan cadangan saya?
Pendakwaan: Saya cadangkan puan juga telah menukar baju.
Ismanira: Tidak setuju.
Pendakwaan: Jadi puan turun dan mencari Zayn Rayyan menggunakan pakaian yang sama?
Ismanira: Ya.
Pendakwaan: Semasa naik dan turun mencari Zayn Rayyan, saya cadangkan puan telah terserempak dengan jiran, Rashidah Rajali (saksi pendakwaan ke-16) di tangga, sebanyak dua kali.
Ismanira: Saya tak pasti.
Pendakwaan: Ketika itu, Rashidah mahu menghantar anaknya ke sekolah pada jam 12.15 tengah hari, masa itu puan naik tangga dengan menggalas beg sekolah.
Ismanira: Tidak setuju.
Pendakwaan: SP16 melihat puan buat kali kedua, 20 minit kemudian namun puan telah mengenakan pakaian yang berbeza.
Ismanira yang kini berkerja sebagai kerani akaun berkata “tidak setuju.”
Pada 18 Februari lalu, Rashidah, 37, memberitahu telah terserempak dengan tertuduh sebanyak dua kali pada hari kanak-kanak istimewa itu dilaporkan hilang.
Wanita yang tinggal di aras sama dengan ibu bapa arwah Zayn Rayyan itu berkata, ketika naik, tertuduh memakai baju berwarna putih dan tudung serta kain seperti seluar palazzo hitam.
Kali kedua pertemuan mereka pula katanya, Ismanira mengenakan tudung bercorak dengan warna sedikit gelap.
Prosiding bersambung jam 2 petang.
Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Sumber - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#Ismanira
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement