gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki 75 Tahun Mahu Cerai Isteri Kerana Jatuh Cinta Dengan Wanita AI
VIRAL
Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”
HIBURAN
Sedar Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Inspirasi - “Memang Terlalu Jauh Sebenarnya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bermula Sebagai Kawan, Joey Daud Mula ‘Angau’ Dengan Watie Selepas Makan Bersama - “Saya Jumpa Dia Terus Tanya…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
23/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Bermula Sebagai Kawan, Joey Daud Mula ‘Angau’ Dengan Watie Selepas Makan Bersama - “Saya Jumpa Dia Terus Tanya…”
Pelakon dan pelawak Joey Daud berkongsi detik perkenalannya dengan isteri yang juga pelakon serta ahli kumpulan Elite iaitu Watie Sadali.
Joey memberitahu perkenalan mereka bermula sebagai seorang kawan dan hatinya mula terpikat dengan Watie ketika mereka makan bersama sebelum masuk semula set penggambaran.
“Padahal saya dengan dia kawan tau. Tak ada rasa apa pun, ini semua atas gerak (Allah). Jadi untuk shooting yang dengan dia, secara tak sengaja.
“Kami ada shooting sama, waktu itu rehat dan lauk tak sampai lagi. Ajak dia pergi makan, kebetulan… bukan nak try (mengorat). Jadi makan cepat-cepat sebab nak masuk set semula.
“Tapi tengah berborak, rasa macam ‘eh kenapa bila borak dengan dia ni macam rasa best’. Macam sentuhan listrikmu la. Rasa macam wow, best, tenang,” kongsinya.
Joey berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Borak Selebriti SINAR yang dikendali oleh Dina Nadzir dan Falyq.
Hati sudah terpikat, Joey memberitahu dia memulakan langkah dengan meminta Watie untuk membawanya berjumpa dengan ahli keluarga bagi mendapatkan restu.
“Bermula dari situ la, macam rasa nak borak saja dengan dia. Lepas itu balik rasa teringat pada dia. Tak pernah macam ini. Tak boleh jadi.
“Saya jumpa dia terus tanya ibu ayah ada lagi dan dia tanya kenapa… saya cakap ‘aku suka kau’. Saya terus direct saja, tak ada kias-kias.
“Dia kata ibu ayah tak ada tapi kakak ada. Saya jumpa sebab saya perlu tunjukkan tanggungjawab. Sebab bukan kali pertama saya kahwin.
“Masuk kali ketiga, mungkin ini yang terbaik untuk saya. Saya cakap dekat kakak dia, saya nak dia dan kakak dia cakap tanya tuan badan. Tuan badan pun okay,” katanya.
Untuk rekod, Joey mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 2012.
@sinar_my Alaaaa sweet & gentleman betul Joey bila nak kenal dengan Watie Elite dulu. Bila pasangan tu the one memang kita rasa tenang dengan dia kan? 🥹 Sampai sekarang masih simpan hadiah jam tangan yang Watie bagi masa bercinta dulu 😍 #SINARKongsi #BorakSelebriti #JoeyDaud #DaudM #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound - SINAR
Topic Berkaitan
#Watie Elite
#Watie Sadali
#Joey Daud
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement