,
Laman Utama

"Ramai Pertikai Kenapa Anggota Polis Pakai Selipar Ketika Bertugas ..." - Risteena Minta Maaf Sebab Timbul Salah Faham

Zulaikha Yusof
28/08/2020
04:52 MYT
Akres Risteena Munim, 31, tampil memberi penjelasan selepas fotonya bersama dua orang anggota polis menjadi topik bualan orang ramai.
Menurut Risteena, anggota tersebut tidak memakai selipar ketika bertugas seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.
"Beberapa hari yang lepas saya ada muat naik gambar bersama dua orang anggota polis. Benda tu dah jadi viral disebabkan ada salah faham kat situ.
"Ramai yang mempertikaikan kenapa dua anggota polis memakai selipar ketika bertugas. Sebenarnya tak. Masa tu saya tengah penggambaran drama.
"Kebetulan dua anggota polis tu tengah buat rondaan dekat tempat penggambaran. Kebetulan juga, pihak produksi memerlukan khidmat polis jadi mereka memanggil untuk masuk ke dalam rumah supaya dapat bertanya macam mana prosedur," katanya menerusi Instagram Stories.
Tambah pelakon drama Playboy Itu Suami Aku dia yang meminta untuk bergambar bersama di luar rumah dengan tangannya digari.
"Selepas habis mereka berbincang, saya minta bergambar dengan memakai gari untuk simpanan saya. Benda tu takda apa-apa pun.
"Masa nak bergambar tu, mereka sarung ja mana-mana selipar yang ada di luar rumah," katanya lagi.
Dalam pada itu, tunang kepada aktor Isa Khan turut memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah menimbulkan salah faham.
"Di kesempatan ini saya nak minta maaf kepada semua pihak terutamanya kepada pihak PDRM dan dua orang anggota itu sekiranya berlaku salah faham.
"Harap benda ini sudah jelas dan tak ada apa-apa isu," katanya di akhir video.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.