,
Laman Utama

Ramai Kempunan! Tiket Sold Out Dalam Masa Sejam, Baladewa Rayu Sambung Konsert Malam Kedua!

Amri Hassan
18/07/2022
06:36 MYT
Konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 mendapat sambutan luar biasa selepas jualan tiketnya dilancarkan pada pukul 11 pagi Isnin.
Buktinya, cuma sejam tiket konsert band tersohor Indonesia itu yang bakal mengadakan siri jelajah di Kuala Lumpur pada 10 September 2022 telah habis terjual!
Kata Pengarah Eksekutif 30 Years of Dewa 19, Alfian Basir kesemua tiket berharga serendah RM148 hingga RM488 telah habis dijual.
"Dalam tempoh satu jam sahaja tiket konsert 30 Years of Dewa 19 di Kuala Lumpur telah habis terjual. Ini menandakan sokongan peminat masih utuh buat band itu," katanya.
Media sosial juga tular dengan perkongsian Baladewa setia menunggu pembelian tiket itu secara atas talian.
Malah, ada yang turut menyatakan keresahan apabila tiket-tiket yang diinginkan mereka habis terjual hanya dalam sekelip mata!
Lepas tu sold out.. Apeni.. ???
Aku tunggu dr kul 10 kot ?#Dewa19 pic.twitter.com/MoquzRQe0e— Mami-Shelly (@mimialanas) July 18, 2022 Justeru, peminat setia Dewa 19 memohon agar konsert terbabit dilanjutkan untuk malam kedua bagi memberikan peluang kepada peminat yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket untuk tarikh 10 September nanti.
Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.
‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.
Dalam konsert kali ini, Ahmad Dhani berjanji persembahan kali ini akan diserta beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.
Selain itu, Ahmad Dhani turut menghimpunkan empat vokalis Dewa 19, Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello di atas satu pentas!
Konsert 30 Years of Dewa 19 akan berlangsung pada 10 September 2022 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.