HIBURAN
Rumah Tangga Bergolak? Akhirnya Noreen Iman Buka Mulut - “Saya Nak Hidup Dengan…”
Personaliti media sosial dan juga pelakon, Noreen Iman memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa rumah tangganya bersama suami, Razzi Razak kini sedang bergolak.
Jelas Noreen atau nama lengkapnya Noreen Iman Abdullah, keputusan untuk tidak berkongsi tentang kehidupan peribadi di media sosial adalah langkah untuk menjaga kebahagiaan dan ketenangan dirinya serta keluarga.
“Saya rasa this time around, I nak make my life even private. Sebab by showing off my happiness pun memang ada orang tak suka juga. Jadi, this time around saya nak hidup dengan cara saya sendirilah,” katanya kepada Gempak.
Tambah Noreen, meskipun tidak lagi berkongsi tentang keluarganya di media sosial, itu tidak bermaksud berlaku sebarang masalah dalam perkahwinannya.
“Family tu tetap ada, kita ada family kita. Ada orang post gambar anak tapi tutup muka jadi macam tu juga dengan saya.
“Tahun ini saya mungkin tak tunjukkan happiness dalam rumah tangga saya, biarlah saya sahaja yang happy dengan cara saya sendiri. Hal dalam rumah ini biar kita sahaja yang tahu, tak post apa-apa tak bermakna berlakunya keruntuhan rumah tangga jadi doa yang baik-baik sahaja,” tambahnya.
Terdahulu, timbul satu dakwaan rumah tangga Noreen dan suami bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan ‘content’ bersama di media sosial.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan pasangan tersebut masih lagi mengikuti antara satu sama lain di media sosial.
Must-Watch Video